Bekas ketua pasukan Jerman, Michael Ballack mengumumkan persaraan
daripada bola sepak kelmarin, sekali gus melabuhkan tirai kariernya yang
berwarni-warni selama lebih sedekad setengah.
Dia yang menjangkau usia 36 tahun penghujung bulan lalu, tidak
berpasukan selepas kontrak dua tahunnya bersama Bayer Leverkusen di
Bundesliga tamat pada Jun.
Sejak dibebaskan Leverkusen, Ballack dikatakan ada berunding dengan
beberapa kelab di Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) dan Liga-A
Australia, namun memutuskan untuk menggantung but.
"Pada usia 36 tahun, saya boleh mengimbas kembali perjalanan panjang
yang saya lalui dalam karier profesional bola sepak, sesuatu yang saya
langsung tidak berani impikan sebagai seorang kanak-kanak
.
"Adalah satu penghormatan untuk saya berkesempatan bekerja dengan sekumpulan jurulatih dan pemain bertaraf dunia.
"Dan sudah tentu, saya akan merindui setiap saat beraksi dan
menjaringkan gol di hadapan 80,000 penyokong, tetapi tempoh beberapa
bulan lalu memberitahu saya bahawa sudah tiba masanya untuk berhenti.
"Saya mahu membuka tajuk baru dalam hidup saya, dan di sini saya
ingin berterima kasih kepada keluarga dan mereka yang telah banyak
membantu dan menyokong saya. Semua mereka memainkan peranan dalam
kejayaan saya," katanya dalam satu kenyataan.
Komen Di Sini
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^