Tom Hanks berlakon Broadway


PELAKON yang terkenal menerusi filem Forrest Gump, Tom Hanks bakal memulakan pembabitannya dalam pementasan teater Broadway yang sememangnya sinonim dengan kota New York, Amerika Syarikat.

Bintang Hollywood hebat itu akan muncul buat pertama kali dalam pementasan broadway berjudul Lucky Guy yang diinspirasikan daripada pementasan Nora Ephron sebelum ini yang berkisarkan skandal serta rasuah yang terjadi dalam bidang tabloid pada tahun 80-an.

Hanks, 56,  akan memegang watak sebagai kolumnis tabloid iaitu Mike McAlary yang merupakan pemenang Anugerah Pulitzer yang mencapai kegemilangan dalam kariernya sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1998.

Walaupun ini merupakan pertama kali Hanks berlakon dalam pentas Broadway, dia tidak kekok dengan kerja-kerja produksi teater kerana sebelum kerjaya pelakonnya bermula, Hanks pernah terlibat sebagai krew produksi  dalam pelbagai pementasan antaranya seperti Taming of the Shrew di Cleveland dan Festival Ohio’s  Great Lakes Shakespeare.

Pementasan itu bakal diarahkan oleh George C. Wolfe, Lucky Guy akan dipentaskan mulai 1 Mac depan.

sumber sinar
Ranking: 5
 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net