Guru ditetak parang dua lelaki bertopeng

Guru ditetak dengan parang di Besut.

 Seorang guru lelaki cedera ditetak dengan parang oleh dua orang lelaki bertopeng di hadapan Maktab Perguruan Sultan Mizan di Besut petang semalam.

Akibat tetakan itu mangsa yang berumur 35 tahun dan berasal dari Jalan Semarak, Besut cedera di belakang badan, tangan kanan dan kaki kiri. 
Pihak polis yang tidak menolak kes itu berlaku akibat dendam telah mengenal pasti salah seorang suspek. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata kejadian berlaku kira-kira 6.20 petang yang pada mulanya guru berkenaan yang mengajar di sebuah Sekolah Kebangsaan telah menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang ingin menemuinya.


"Sebaik mangsa dan adiknya sampai di tempat kejadian, mereka telah didatangi dua buah kereta bercermin gelap sebelum dua lelaki bertopeng keluar dari kereta itu dan terus menetak mangsa dengan parang.


Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Besut oleh adiknya. 

Selain bertugas sebagai guru, mangsa yang masih bujang turut menjalankan perniagaan menjual barangan kosmetik. 

Manoharan berkata pihak polis telah mengenal pasti suspek dan gerakan sedang dilakukan bagi memburu seorang kontraktor bagi membantu siasatan. 

"Kita sedang mengesan seorang kontraktor yang bernama Che Wan Sharmizie Che Wan Mat yang berusia 29 tahun dan berasal dari Kampung Baru Bukit Tumbuh, Besut. 

"Kita telah membuat serbuan di rumah suspek, namun gagal mengesan suspek dan dipercayai suspek telah melarikan diri," katanya. 

Beliau berkata mangsa kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan dan keadaannya dilaporkan stabil. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. - Bernama
Ranking: 5

Comment: 1

25 October, 2012 04:01

bahaya betul sekarang ni...hmm..sebab tu la aku selalu mengalah..dan tak nak terlibat dalam sebarang pergaduhan..sekarang ni manusia makin kejam..dah hilang pertimbangan dah...

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net