Ika Nabila sukar lakonkan watak romantik


PELAKON yang sedang meningkat naik, Ika Nabila, mengakui sukar melakonkan babak romantik bersama aktor Syazwan Zulkifli menerusi drama Darjat.

"Kami perlu bercinta menerusi drama ini, bayangkan sebagai kawan baik, memang tiada perasaan cinta pada dia.

"Jadi, saya perlu pupuk dan asah perasaan tersebut dalam drama ini. Lebih sukar apabila melihat dia saya mula berasa janggal dan terpaksa melawan semua itu," kata bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam ini.

Ditayangkan menerusi Slot Azalea, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang di TV3, drama 20 episod arahan Jet Lee ini turut dibintangi Talha Harith.

Membawa watak gadis yang lemah lembut, Ika yang ditemui ketika majlis sidang media pelancaran drama itu di Sri Pentas, berkata, ia juga memberikan cabaran yang besar untuknya.

"Memang agak sukar melakonkannya memandangkan saya bukanlah gadis yang begitu, malah jauh lebih lasak dan kasar.

"Bagaimana pun  atas tunjuk ajar pengarah saya akhirnya dapat membawakan watak itu," ujarnya.

Selain sibuk memberikan perhatian kepada bidang lakonan, Ika memberitahu dia tidak pernah melupakan bidang nyanyian.

Jelasnya, dia masih mendapat undangan mengadakan persembahan dan menjayakan konsert.

"Bila saya menyanyi, ramai yang tidak perasan kehadiran saya dalam bidang ini. Sangka mereka, saya hanya seorang pelakon.

"Saya akui rezeki memang lebih cerah dalam  bidang lakonan, pun begitu, saya masih aktif menyanyi sehingga ke hari ini," kata pelantun lagu Tiada Rasa ini.

Berkongsi perkembangan terbarunya, Ika berkata, dia kini dalam proses mencari material bagi single terbaru.

"Pada masa yang sama saya juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyampai radio di sebuah stesen radio tempatan, bagaimana pun keputusannya masih belum dibuat," katanya bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Tanda Putera yang akan ditayangkan November ini.

sumbner sinar
Ranking: 5

Comments:4

13 October, 2012 20:34

ika nabila asal penyanyii kan!

13 October, 2012 21:18

biasa je dia ni...

02 December, 2012 10:07

ika nabila asal penyanyii kan! 13 October, 2012 20:34 ---

04 January, 2013 07:01

ika nabila asal penyanyii kan! 13 October, 2012 20:34 ---

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net