Cara nak merisik anak dara orang



Kepada para jejaka-jejaka yang teringin melamar dan merisik anak dara atau gadis pilihan, anda perlu mengetahui perkara-perkara seperti di bawah ini yang perlu anda sediakan:

  • Cincin belah rotan. (cincin sebagai tanda tanda jagan lak kasi cincin kayu rotan pulak ya)
  • Wang tanda (hantaran)
  • Baju sepasang atau kain
  • Buah-buahan(buah-buahan biarlah berwarna warni, jangan beri buah durian sudah)
  • Kuih-muih
  • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
  • Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.(wajib)
  • Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
  • Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
  • Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
  • Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
  • Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.


Ranking: 5

Comment: 1

09 October, 2012 19:23

hehehe cmtu rupenye

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net