Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Michael Ballack. Show all posts
Showing posts with label Michael Ballack. Show all posts

Bola ~ Ballack gantung kasut ~

Jom! comments



Bekas ketua pasukan Jerman, Michael Ballack mengumumkan persaraan daripada bola sepak kelmarin, sekali gus melabuhkan tirai kariernya yang berwarni-warni selama lebih sedekad setengah.

Dia yang menjangkau usia 36 tahun penghujung bulan lalu, tidak berpasukan selepas kontrak dua tahunnya bersama Bayer Leverkusen di Bundesliga tamat pada Jun.

Sejak dibebaskan Leverkusen, Ballack dikatakan ada berunding dengan beberapa kelab di Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) dan Liga-A Australia, namun memutuskan untuk menggantung but.

"Pada usia 36 tahun, saya boleh mengimbas kembali perjalanan panjang yang saya lalui dalam karier profesional bola sepak, sesuatu yang saya langsung tidak berani impikan sebagai seorang kanak-kanak
.
"Adalah satu penghormatan untuk saya berkesempatan bekerja dengan sekumpulan jurulatih dan pemain bertaraf dunia.

"Dan sudah tentu, saya akan merindui setiap saat beraksi dan menjaringkan gol di hadapan 80,000 penyokong, tetapi tempoh beberapa bulan lalu memberitahu saya bahawa sudah tiba masanya untuk berhenti.

"Saya mahu membuka tajuk baru dalam hidup saya, dan di sini saya ingin berterima kasih kepada keluarga dan mereka yang telah banyak membantu dan menyokong saya. Semua mereka memainkan peranan dalam kejayaan saya," katanya dalam satu kenyataan.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net