Hot! Johan dan Nabila Kemalangan



Kejadian berlaku semasa Johan dan Nabila menuju ke Damansara untuk menghadiri Majlis Anugerah Skrin 2012 selepas selesai sesi penggambaran.

Walaubagaimana pun Johan dan Nabila tidak mengalami apa-apa kecederaan dan hanya mengalami sedikit kejutan selepas kejadian yang berlaku.

“Pada waktu kejadian itu, biasalah, kami sedang ‘excited’ untuk menuju ke sini (Hotel Royal Bintang). Namun disebabkan hujan, jalan menjadi licin dan secara tiba-tiba, kereta yang dipandu Johan tergelincir,” jelas Nabila mengenai kejadian tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku di Penchala Link itu, kemalangan itu nyaris mencederakan Nabila apabila bahagian sebelah kiri kereta Johan mengalami kerosakan yang teruk.

“Saya masih lagi terkejut dengan perkara yang berlaku dan ini merupakan kali pertama saya dan juga Johan mengalami kemalangan kereta,” tambah Nabila lagi.

Sementara itu, Nabila sempat juga menafikan bahawa dia dan Johan telah putus cinta dan menegaskan mereka berdua hanya berkawan baik sahaja.

“Saya hairan, macam mana boleh timbul cerita putus sedangkan kami berdua hanya berkawan? Masalah dengan keluarganya juga tidak pernah timbul dan tak logik,” tegas Nabila.

“Macam mana boleh kena ‘reject’ dengan keluarga Johan sedangkan saya sendiri tidak pernah bertemu mereka?”

Nabila kesal dengan khabar angin yang tersebar dan meminta agar orang berhenti bercerita perkara negatif terhadap dirinya.

Ranking: 5
 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net