Budak Nakal Blogspot dulu dan kini


Salam semua, time berblogwalking tadi teringat koz semasa mula-mula berjinak dalam dunia blogger ini. Terasa banyak sangat perubahan yang telah blog koz capai. Masa mula-mula berblog memang blur abis bila disebut teknik SEO on page ke off page ke, Meta tags, dll.

Dulu-dulu kalau diingatkan trafik blog agak sikit, yang paling tinggi pun 200pv-300pv sahaja sewaktu itu. Tapi terkini trafik blog ini meningkat dengan mendadak sehari boleh capai 7000pv-10 000pv, Alhamdulillah.
Sekarang total pageview blog ini pun sudah 2.3 juta pv. Makin tips majukan blog ini dari hari ke hari.

Apa yang koz telah lakukan untuk capai jumlah pv sekarang?
Koz banyak juga mencari tips-tips bermanfaat untuk tingkatkan mutu SEO blog ini. Banyak juga belajar dan mengikut perkembangan sesetengah blog otai lain. Yang bestnya dari blur pasal SEO, sekarang Alhamdulillah dah memahaminya walaupun sedikit.

Pada permulaan koz mengikut tips dari entry ini "10 Tips Untuk Menjadi Blogger Cemerlang" jadi korang pun bolehlah ikut tips-tips ini.


  • Buat Blog Nampak Menarik Dari Segi Template,Header Dan Banner
  • Rajinkan Diri Blogwalking Dan Follow Memfollow
  • Rajinkan Diri Untuk Tinggalkan Komen Di Blog Dofollow dan Berpagerank Tinggi
  • Rajinkan Diri Berkongsi Artikel-artikel Yang Berguna Kepada Blogger-Blogger lain
  • Kurangkan Mempamirkan Gambar-Gambar yang Bersaiz Besar
  • Buat Ruangan Exchange Link Di Blog Dan Juga Group Di Facebook Dan Rangkaian Sosial Lain
  • Meletakkan Widget Yang Berguna Sahaja
  • Membuat Daftar Isi Dalam Kategori Berbeza
  • Tidak Meletakkan Lagu Mp3 Kerana Ia Akan Melembapkan Loading Sesebuah Blog
  • Menggunakan Teknik Readmore Kerana Ia Akan Meringgankan Loading Blog.


  • Kemudian koz terjumpa 1 entry dari blog otai Denaihati, entry yang dikongsikan memang terbaik "15 Cara Meningkatkan Trafik Blog".


  • Daftarkan blog anda di search engine GoogleYahoo dan Bing atau boleh ke Cara Daftar blog di search engine.
  • Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.
  • Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.
  • Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.
  • Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang  plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.
  • Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.
  • Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.
  • Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.
  • Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler danPingoat.
  • Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.
  • Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.
  • Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.
  • Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.
  • Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.
  • Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.


  • Sebenarnya banyak lagi tips-tips yang korang boleh dapatkan jika korang rajin mencarinya. Jadi kalau korang ingin mencapai sesuatu matlamat, korang kenalah berusaha dan cari ilmu-ilmu yang terbaik untuk blog korang.






    Ranking: 5

    Comments:4

    17 October, 2012 15:35

    koz mesti dah grade kelas blogger tegar ni..hahaha..boleh la jd niesa punya SIFU plak.. (^^,)

    17 October, 2012 16:36

    hehehe..thanks bro.. ko banyak membantu aku...hehehe..

    17 October, 2012 17:27

    @Niesa Koz masih lagi newbie haha masih lagi belajar^^

    17 October, 2012 17:28

    @boni kacak Welcome bro...ilmu harus di kongsi^^

    Post a Comment

    Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

     
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net