Lisa surihani dan yusri teruja layan peminat

Pada awal kerjaya, Lisa Surihani mula menceburkan diri dalam bidang seni sejak berumur 11 tahun sebagai model iklan.

Selepas itu, secara perlahan-lahan dia mula mengacara dan kini Lisa Surihani sudah pun bergelar seorang pelakon filem yang hebat.

Walaupun telah menamatkan zaman bujang bersama pasangan Yusry Abdul Halim, populariti Lisa Surihani semakin meningkat.

Baru-baru ini, .com ke Hotel Royale Bintang di ibu negara untuk bertemu dengan pasangan bahagia itu. Mereka berdua turut meraikan 10 peminat bertuah yang terpilih untuk acara makan malam bersama mereka di BBQ Pegola Pool Side.

Sepanjang majlis itu yang berlangsung secara santai, Lisa dilihat cukup gembira melayan kerenah setiap peminatnya yang tak pernah putus-putus menyokong kerjaya seni mereka.

Aura yang dimiliki Lisa dan Yusry cukup hebat. Biarpun Lisa kini bergelar seorang isteri, namun itu tidak menghalang pengikutnya untuk terus setia meminatinya.

Maka tak hairanlah mengapa pengikut Lisa semakin bertambah di laman sosial Facebook dan Twitter.

Hal ini membuktikan yang Lisa masih berjaya mengekalkan status sebagai seorang pelakon paling digemari ramai.

Menurut pihak penganjur, beribu-ribu borang penyertaan telah dihantar oleh para peminat Lisa dan Yusry dari seluruh negara.

Bagi peminat yang terpilih, peluang untuk bertemu Lisa dan Yusry tidak disia-siakan kerana sepanjang majlis itu, peminat cukup teruja bertemu dengannya, lebih-lebih lagi layanan yang diberikan pasangan romantis itu cukup baik sebagai tanda terima kasih atas sokongan peminat yang sanggup datang dari seluruh Malaysia. - SYAHRIL/JEFFRI IRAN


Ranking: 5
 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net