Hai all...hari ni koz nak kongsi cerita yang berikut lak...jadi membaca dengan senyuman okey^ ^
Pak Dolah adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Dolah yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari.
Pak Dolah pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan
Pak Dolah begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu."
Pak Dolah menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."
" Oleh yang demikian saya ter
paksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"