Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Live Streaming Johor Darul Takzim Vs Perak 25 Januari

Jom! comments


Johor Darul Takzim Vs Perak 25 Januari 2013 - Perlawanan antara Johor Darul Takzim Vs Perak akan berlangsung pada malam ini di dalam perlawanan Piala FA pertama Musim 2013.

Perlawanan ini akan bersiaran langsung di Astro arena pada pukul 8,45 malam ini. Anda juga boleh menonton secara live perlawanan Johor Darul Takzim Vs Perak di sini.



Johor Darul Takzim Vs Selangor, Johor Darul Takzim Vs Pahang, Johor Darul Takzim Vs Johor, Johor Darul Takzim Vs Negeri Sembilan, Johor Darul Takzim Vs sabah, Johor Darul Takzim Vs sarawak, Johor Darul Takzim Vs ATM, Johor Darul Takzim VsKelantan, Johor Darul Takzim Vs Kedah, Johor Darul Takzim Vs Melaka, Johor Darul Takzim Vs Lion, Final Piala FA, Final Liga Super, Separuh Akhir Piala FA, Separuh Akhir Liga Super, Keputusan perlawanan

Matyo turut tersenarai, Kafa hantar 37 tunai umrah

3 comments


TRW
Nik Aziz dan Abdul Fattah bersama pemain menunjukkan simbolik angka tiga yang membawa maksud kejuaraan treble dimenangi Kelantan ketika menyampaikan replika cek pakej umrah.
KOTA BHARU – Bekas tonggak The Red Warriors (TRW) musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha antara yang berada dalam senarai 37 peserta termasuk pemain dan pegawai pasukan yang dihantar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Kerajaan Negeri Kelantan, untuk menunaikan umrah pada Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pakej menunaikan umrah ini dihadiahkan kerajaan negeri atas kejayaan TRW meraih kejuaraan treble dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim lalu.

“Selain Matyo (Norshahrul Idlan Talaha), turut ditawarkan ialah Mohd Nurul Azwan Roya atau Awe di mana kedua-dua pemain ini menyarung jersi pasukan Johor Darul Takzim pada musim ini,” katanya kepada selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini semalam.

“Kita harap mereka berdua dapat bersama rakan-rakan mereka untuk menunaikan umrah kerana ini merupakan anugerah istimewa daripada pihak kerajaan negeri, setelah Kelantan mencipta sejarah dengan memenangi tiga piala dipertandingkan pada musim lalu.

Sebelum ini, kerajaan negeri pernah menghadiahkan pakej mengerjakan umrah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan, setelah muncul naib juara Piala Malaysia dan Piala FA pada 2009.

Malah pada 2010, kerajaan negeri turut memberikan ganjaran wang tunai RM200,000 kepada pemain dan pegawai pasukan TRW, setelah berjaya menamatkan penantian selama 89 tahun dengan memenangi Piala Malaysia pada musim tersebut.

Abdul Fattah berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada semua pemain dan pegawai pasukan Kelantan, bagi mendapatkan pengesahan daripada mereka untuk menunaikan umrah tidak lama lagi.

Dalam perkembangan sama, Abdul Fattah menjelaskan kerajaan negeri dijangka membelanjakan lebih RM200,000, bagi membiayai pakej menunaikan umrah itu yang ditetapkan pada 7 hingga 14 Julai nanti.

“Kita memutuskan hanya memberi ganjaran berbentuk pakej umrah sahaja dan jika pemain atau pegawai yang beragama Islam tidak berhasrat untuk menunaikan umrah, mereka tidak akan mendapat apa-apa ganjaran atau ganti rugi dalam bentuk wang tunai daripada kerajaan negeri.

“Bagi pemain dan pegawai pasukan bukan beragama Islam yang tidak menyertai rombongan ini, mereka akan mendapat ganjaran wang tunai setara dengan nilai pakej umrah tersebut,” katanya.

POGBA Terus Bersama Juventus Sehingga Musim Panas

2 comments


                          Midfielder ini telah dikaitkan dengan sejumlah kelab

Ejen Paul Pogba, Mino Raiola memberitahu pemain berusia 19 tahun itu tidak akan meninggalkan  Juventus semasa jendela perpindahan Januari dan akan kekal di Turin sehingga musim panas.
Bekas midfielder Manchester United itu cemerlang di Itali setakat ini, di mana ia membuatkan beliau menjadi subjek spekulasi perpindahan meninggalkan Stadium Juventus tapi Raiola tampil untuk menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.
"Berapakah nilai dia? Dia bukan untuk dijual jadi tiada nilai. [Giuseppe] Marotta boleh terus bertenang, dia sudah tentu akan kekal di Turin sehingga Julai," ujar Raiola.
Pogba baru saja menyertai the Bianconeri musim panas tahun lepas dari Old Trafford dan pemain muda ini telah membuat 18 penampilan untuk kelab setakat ini, menjaringkan empat gol.

Jual perlawanan boleh bunuh bola sepak

2 comments


sukan malaysia
SETIAUSAHA Agung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Jerome Valcke menyifatkan kes mengatur keputusan perlawanan yang kian menular satu "penyakit" yang boleh membunuh dunia bola sepak.

Awal bulan ini, Fifa telah mengharamkan 41 pemain Korea Selatan yang terlibat dalam kes menetapkan keputusan perlawanan.

Ia diikuti penggantungan Presiden Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan bulan lepas menjelang penyiasatan terhadap isu penetapan perlawanan sebelum ia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2010.

"Saya betul-betul berasa kes mengatur keputusan perlawanan satu penyakit dan ancaman kepada seluruh dunia.

"Ia bukan sahaja di Afrika, tetapi juga di Asia, Eropah, Amerika Utara, Kanada, dan Amerika Selatan.

"Boleh dikatakan seluruh dunia akan turut berhadapan dengan perbuatan jual perlawanan. Kes ini sangat aktif,”  katanya dalam temu bual eksklusif kepada CNN.

Valcke berkata demikian selepas Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), Michel Platini menegaskan bahawa kes mengatur keputusan perlawanan adalah ancaman besar buat masa depan bola sepak ketika ditemu bual oleh stesen radio Perancis.

Platini memberi amaran bahawa bola sepak akan "mati” sekiranya keputusan perlawanan diatur terlebih dahulu.

"Jika anda tahu keputusan penghujung permainan itu, maka bola sepak akan mati. Keindahan permainan akan dirasai sekiranya kita tidak tahu siapa yang akan menjadi pemenang.

"Ia boleh menjadi pasukan itu jika anda fikir akan menang, tetapi  ia juga boleh menjadi pasukan lain, lawan yang boleh membuatnya kerana ia dimainkan pada satu matlamat. Jadi sebab itu kita perlu melindungi bola sepak setakat mana yang boleh,” ujarnya.

Dalam pada itu, Valcke memberi amaran bahawa memerangi mengatur keputusan perlawanan amat lumayan boleh mengambil masa 10 tahun, dan menggesa sesiapa yang mempunyai pengetahuan tentang aktiviti itu untuk tampil  membantu.

'Bersedia sebelum jumpa Tok Gajah'

Jom! comments


Azmi Mohamad
Azmi Mohamad
JOHOR BAHRU - Meskipun berjaya meraih tiga mata penuh selepas menewaskan UiTM FC di laman sendiri, semua pemain Johor diharap dapat memperbaiki mutu permainan sebelum bertemu skuad Tok Gajah dalam saingan pertama Piala FA 2013, 25 Januari ini.

Pengendalinya, Azmi Mohamad berkata, persembahan ditunjukkan anak buahnya berada pada tahap kurang memuaskan ketika menentang UiTM FC selain mengakui barisan serangan banyak mensia-siakan peluang.

“Dari segi persembahan terutama di bahagian pertahanan dan tengah agak kurang berfungsi, manakala penyerang banyak mensia-siakan peluang. Mungkin situasi yang saya lihat di sini adalah disebabkan faktor keletihan.

“Pemain sepatutnya perlu bersedia hadapi jadual yang padat macam ini dan tahu jaga diri mereka. Bagaimanapun, kita bersyukur kerana dapat tiga mata sebab ia penting terutama di padang sendiri.

"Saya harap kita akan perbaiki persembahan untuk perlawanan akan datang dengan Pahang sebelum berehat selama tiga minggu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Jurulatih UiTM FC, Azman Eusoff berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan kesemua anak buahnya walaupun tewas 0-2 kepada Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, kelmarin.

Menyambut baik setiap kekalahan pasukannya dalam saingan Liga Perdana 2013, beliau turut yakin keputusan terdahulu mampu mematangkan kesemua pemainnya dalam usaha mencari kemenangan pertama.

“Saya berpuas hati dengan prestasi pemain-pemain saya. Mereka keletihan selain terpaksa melalui pelbagai rintangan dan cabaran seperti waktu perjalanan ditambah dengan ketiadaan penghawa dingin di tempat penginapan.

“Ada juga antara pemain kita yang baru sahaja menduduki peperiksaan. Kalau ini yang mereka sajikan kepada saya, apa lagi yang saya boleh minta dan cuma nasib tidak menyebelahi kami.

“Kami sedar masalah yang kami lalui dengan pelbagai kepayahan yang sedang lalui ini malah saya rasa ia mematangkan lagi para pemain. Saya tidak akan terburu-buru mendesak mereka untuk terus mencari  kemenangan, sebaliknya akan bangkit setapak demi setapak,” katanya.

Kelab negeri syor FAM agih kuasa kawal penyokong

Jom! comments


KELAB penyokong bola sepak tanah air mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membendung insiden kekecohan yang dicetuskan  penyokong di stadium.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood berkata, jawatankuasa khas yang akan dianggotai kelab penyokong bola sepak negeri itu perlu kerana pada masa ini mereka tidak mempunyai kuasa mencegah masalah tersebut, sedangkan setiap kali berlaku kekecohan mereka dipersalahkan.
"Kita hanya mampu memberi nasihat menerusi laman web dan blog tetapi tidak ramai peminat yang melayarinya. Jadi adalah wajar jika FAM memberi kuasa kepada kelab penyokong negeri untuk mengambil langkah pencegahan bagi membendung perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini, FAM menuding jari kepada kelab penyokong negeri kerana gagal mengawal tindakan liar peminat seperti yang berlaku ketika saingan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu dan perlawanan antara Terengganu menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 18 Januari lepas.
Mengulas lanjut, Mahizi berkata hubungan yang rapat dengan penyokong membolehkan kelab bertindak lebih awal dalam menghidu tindakan tidak bermoral segelintir penyokong sebelum merebak.
"Dengan kuasa yang diberi, kita boleh membantu menahan lebih ramai penyokong yang melakukan perkara tidak bermoral seperti membaling mercun dan objek lain ke padang sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu bukan sahaja dapat membendung insiden kekecohan di stadium tetapi juga boleh mewujudkan kerjasama lain demi kemajuan bola sepak tanah air.
Turut bersetuju dengan pandangan itu ialah Presiden Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (n9fotbal.com), Ahmad Zaini Baharun yang berpendapat banyak perkara dapat diselesaikan jika ada kerjasama secara rasmi itu.
"Ketika ini kelab penyokong hanya bergerak secara sendiri dan  bergantung kepada blog untuk mengumpul penyokong. Jika ada kerjasama dua hala, kelab penyokong dapat membantu FAM menyampaikan maklumat lebih jelas kepada penyokong," katanya.
Beliau berkata dengan adanya pengiktirafan daripada FAM, kelab penyokong negeri dapat memperluaskan lagi aktiviti mereka dan pada masa sama dapat menjaga kebajikan anggota.

Presiden Johor Fan Club, Azman Jalil berkata, cadangan untuk mewujudkan jawatankuasa bersama dengan FAM itu adalah satu perkara yang baik demi memupuk persefahaman dengan peminat bola sepak tanah air.
"Dengan wujudnya kerjasama itu nanti kelab penyokong dapat memainkan peranan yang lebih besar untuk mendidik penyokong masing-masing bagi mengelak insiden kekecohan dalam kalangan segelintir penyokong," katanya.
Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Pahang, Aiman Ahmad Dahlan tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan jawatankuasa khas itu kerana menurutnya pada masa ini Persatuan Bola Sepak Pahang telah mempunyai kerjasama erat dengan FAM.
"Kes seperti insiden kekecohan penyokong di stadium adalah di bawah bidang kuasa persatuan bola sepak negeri dan FAM...mereka mempunyai kepakaran dalam menyelesaikan perkara ini," katanya. - Bernama

T-Team tewaskan Lions XII 1-0 Liga Super: T-Team tewaskan Lions XII 1-0

1 comments


T-Team
Pemain T-Team, Mohd Marzuki (kiri) dan Mohd Nuraliff (kanan) mengasak pemain Lions XII, Iqbal Hussein dalam perlawanan Liga Super di Kuala Terengganu, - Foto Bernama
[DIKEMAS KINI] SETELAH tewas dalam tiga perlawanan sebelum ini, pasukan berstatus kelab, T-Team akhirnya bangkit menebus maruah di hadapan penyokong sendiri apabila berjaya meraih tiga mata berharga selepas menang 1-0 ketika turun melayan kunjungan Lions XII petang tadi.
Jaringan tunggal pasukan tuan rumah disempurnakan dengan berkesan oleh pemain tengah, Mohd Badrul Hisham Moris menerusi sepakan penalti pada minit ke-74 sekali gus mengangkat bekas pemain Sime Darby itu sebagai permain terbaik perlawanan petang itu.
Malah ketiadaan penyerang import, Caleb Folan yang direhatkan selepas mengalami kecederaan pada babak pertama perlawanan, sedikit pun tidak merencatkan percaturan skuad kendalian Peter Butler itu untuk terus mengatur serangan dan mengasak benteng pertahanan pelawat.
Beraksi di babak pertama perlawanan menyaksikan tuan rumah bermula dengan penuh semangat dan hampir berada di depan ekoran kelalaian penjaga gawang pelawat, namun dipersiakan penyerang, Abdul Latif Suhaimi seawal minit ke-7 perlawanan.
Empat minit selepas itu, usaha The Titans untuk mencari gol awal sekali lagi digagalkan pemain tengah, Mohd Aizulridzwan Razali apabila rembatan dari luar kotak penalti berjaya didakap kemas penjaga gol, Mohd Izwan Mehbob.
Tuan rumah yang berjaya menguasai hampir keseluruhan perlawanan babak pertama menyaksikan jentera serangan yang diketuai Caleb Folan dan Abdul Latif gagal menyempurnakan beberapa cubaan menarik di depan gol pelawat sehingga wisel penamat ditiup.
Bersambung dibabak kedua perlawanan, kem tuan rumah mula memperkemaskan jentera serangan dengan memasukkan Fauzan Abdullah bagi menggantikan Caleb Folan dengan menampilkan corak permainan yang lebih agresif.

Bola terkena tangan
Begitupun pasukan Lions XII tidak kurang aksinya apabila jentera serangan skuad kendalian V Sundram Moorthy itu berjaya mengucar-ngacirkan benteng pertahanan tuan rumah, dan nyaris mendahului kedudukan menerusi sepakan Gabriel Quak pada minit ke-52 namun berjaya ditepis keluar penjaga gol, Mohd Amirul.
Tersentak dengan cubaan itu, pasukan tuan rumah segera bangkit melancarkan serangan balas dan keghairahan benteng pertahanan Lions XII dalam menepis asakan kem T-Team akhirnya terhukum apabila salah seorang pemainnya menampan bola dengan tangan di dalam kotak penalti, sehingga memaksa pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada The Titans.
Akhirnya kebuntuan tuan rumah dalam mencari gol direalisasikan pemain tengah, Mohd Badrul Hisham Moris apabila sepakan penalti yang diambilnya terus menerjah jaring, sekali gus menewaskan penjaga gawang pelawat, Mohd Izwan pada minit ke-74.
Gol tersebut nyata menyentap semangat juang pasukan Lions XII yang cuba bangkit pada minit-minit akhir permainan, namun ketumpulan jentera serangan mereka menggagalkan hasrat pasukan itu untuk mencari sekurang-kurangnya satu mata sebelum wisel penamat ditiup pengadil perlawanan, Syed Azhar Syed Kamar.
Pada pertembungan itu, tiga kad kuning dilayangkan pengadil perlawanan, dua kepada pasukan T-Team ( Muhammad Hafizan dan Muhamad Naim) manakala satu kepada pemain Lion XII (Safirul Sulaiman).

Liga Super: PBNS wajar beri kata dua

Jom! comments


PBNS
PBNS
SEREMBAN – Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) disaran memberi kata dua kepada jurulatih, Divaldo Alves dan para pemain berikutan prestasi pasukan itu yang kurang menyerlah.

Presiden Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (n9fotbal.com), Ahmad Zaini Baharun berkata, amat mengecewakan apabila Negeri Sembilan masih gagal mendapat sebarang kemenangan pada Liga Super 2013.

“Tindakan drastik perlu diambil pihak pengurusan kepada jurulatih dan juga para pemain. Kita tidak boleh berlembut lagi kerana ini akan menjejaskan imej Skuad Rusa.

“Saya tidak faham apa percaturan yang dibawa oleh Alves kerana para pemain kita nampak buntu pada bahagian tengah dan serangan,” katanya.

Menurutnya, paling dikesali apabila pada perlawanan menentang Perak kelmarin, pihak lawan berjaya menjaringkan gol pada saat akhir perlawanan.

Ahmad Zaini berkata, kelemahan paling ketara ditonjolkan ialah apabila pemain di bahagian tengah gagal membantu bahagian depan untuk melakukan serangan.

“Empat perlawanan setakat ini, nampaknya itu sahaja kemampuan yang dapat ditonjolkan.

“Persefahaman antara para pemain juga masih longgar dan tiada yang berperanan sebagai ketua di atas padang,” katanya.

Ahmad Zaini berkata, kelemahan pada pasukan perlu dibaiki segera kerana mereka akan mengikuti sesi perlawanan yang lebih mencabar akan datang.

Katanya, jika Negeri Sembilan berterusan gagal memberi kemenangan, dia khuatir akan berlaku tindakan luar duga daripada penyokong.

“Malam tadi (kelmarin) pun saya nampak ada penyokong yang bawa mercun. Kita tetap beri sokongan, tapi jika kita kalah dengan corak permainan yang menyengat, kita masih boleh terima. Tapi jika permainan seperti itu memang kita tidak boleh terima,” katanya.

Isu keselamatan: PBNJ serah kepada FAM

Jom! comments


SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyelesaikan kemelut membabitkan pihaknya dan Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (Kafa).

"Saya tidak mahu komen apa-apa. Sekarang ini pihak kami telah menghantar laporan terperinci kepada FAM.

"Jadi semuanya terpulang kepada FAM untuk menentukan sebarang keputusan, kita tunggu saja nanti," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai kenyataan Kafa yang menyangkal dakwaan PBNJ yang menyatakan persatuan itu gagal menepati janji untuk menjamin keselamatan penyokong Johor Darul Takzim FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Selasa lalu.

Ketika ditanya adakah benar dakwaan yang dikatakan oleh Kafa, Suhairi tetap enggan memberi sebarang kenyataan, sebaliknya mahu menunggu sahaja keputusan yang akan dikeluarkan oleh FAM.
"Biarlah apa yang mereka mahu katakan yang penting saya sudah melakukan semua kerja saya.

"Biar Jawatankuasa FAM yang menentukan," jelasnya lagi.

Hari ini, media tempatan melaporkan Kafa menyangkal dakwaan PBNJ bahawa kawalan keselamatan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada pertemuan antara kedua-dua pasukan minggu lepas, longgar.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Tiket dan Kawalan Pintu Kafa, Datuk Ismail Md Noor berkata, isu keselamatan merupakan perkara paling penting dibincangkan dan pihaknya, selaku tuan rumah tidak sesekali memandang remeh kehadiran penyokong pasukan pelawat.

Menurut Ismail, perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat keselamatan yang berlangsung pada hari perlawanan dan turut dihadiri  Suhairi sendiri, Bendahari Kehormat, Datuk Abd Latiff Bandi serta seorang pegawai Timbalan Setia Negeri Johor berpangkat mejar.

"Saya sudah menasihati ketiga-tiga wakil PBNJ supaya jangan menonjolkan anggota tentera kanan kerana ini akan menimbulkan provokasi dalam kalangan penyokong di stadium pada perlawanan malam itu," kata Ismail.

GABUNGAN Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Gempita) Mahu FAM Bertindak

2 comments


Gempita mahu FAM bertindak
Ahli Gempita mengadakan bantahan di luar pekarangan stadium berhubung kehadiran beberapa askar Komando yang lengkap bersenjata di Kota Bharu, Selasa lalu. Foto: Rosli Talib.
GABUNGAN Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Gempita) mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil pendirian tegas ekoran kehadiran Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang lengkap bersenjata ketika aksi Kelantan-Johor Darul Takzim di Kota Bharu, Selasa lalu.

Penyelarasnya, Mohd Shaharuddin Abdul Latif berkata, FAM perlu menilai perkara itu dengan serius bagi mengelakkan ia menjadi ikutan pasukan lain.

“Kita mahu FAM segera mengambil pendirian mengenai perkara ini jangan anggap ia perkara remeh, tidak perlu membawa askar bersenjata ketika perlawanan bola sepak berlangsung, adakah Kelantan tidak aman,” katanya.

Anggota tentera terbabit dipercayai JMF  berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga tamat permainan.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah menafikan dakwaan itu.

Titah baginda, askar terbabit merupakan Pasukan Kor21 Gerak Khas (komando) yang ditugaskan sebagai persediaan sekiranya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyaksikan perlawanan dan ia merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Perkara ini penting untuk memastikan keselamatan Sultan Johor dan ia bukan perkara baru kerana prosedur ini sama dalam program besar seperti Kembara Mahkota Johor.

Penyelaras The Red Warriors Negeri Sembilan, CM Saidi turut melahirkan rasa tidak puas hati.

“Kehadiran askar telah mengundang provokasi. Saya rasa jika tiada askar bersenjata sudah pasti perlawanan berjalan dengan lancar," katanya.

Bantahan aman yang diadakan selepas perlawanan dihadiri kira-kira 100 ahli Gempita.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu media dua hari lalu bahawa langkah meletakkan anggota tentera satu prosedur biasa buat kerabat diraja dan perkara itu sejajar dengan polisi JMF yang ditugaskan menjaga keselamatan baginda.

Azzuddin juga berharap perkara ini tidak desensasikan oleh mana-mana pihak selain menggesa penyokong-penyokong bola sepak tempatan tidak terkeliru dengan kehadiran JMF Selasa lalu.

Harimau Muda A latih di Brisbane minggu depan

1 comments


SKUAD Harimau Muda A akan menjalani latihan luar negara dan mengadakan empat perlawanan persahabatan di Brisbane, Australia dari 23 Januari hingga 7 Februari depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya hari ini berkata, pendedahan ke Australia itu adalah sebahagian persiapan pasukan bawah 23 tahun kebangsaan untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar, akhir tahun ini.

"Persatuan Bolasepak Malaysia telah memilih 25 pemain untuk menyertai latihan bersama pasukan bawah 23 tahun kebangsaan ke Brisbane, Australia," menurut kenyataan itu.  

Skuad kendalian ketua jurulatih, Ong Kim Swee itu akan memulakan aksi persahabatan bertemu kelab Liga Perdana Australia, Gold Coast Sharks pada 26 Januari.

Mereka kemudian akan berdepan dua lagi kelab yang beraksi dalam Liga Perdana Australia iaitu Sunshine Coast Fire pada 29 Januari dan Brisbane Olympic pada 2 Februari.

Pasukan bawah 23 tahun kebangsaan itu akan menamatkan aksi persahabatan menentang juara Liga-A musim 2011/2012, Brisbane Roar pada 5 Februari.

Selepas aksi persahabatan di Australia, skuad Harimau Muda A dijangka mengadakan latihan selama lima bulan di Slovakia bermula 15 Mac sehingga Ogos, dan dijadual mengadakan 15 perlawanan persahabatan.

Sekembalinya dari Slovakia, pasukan berkenaan dijangka menyertai Pesta bola Merdeka dan Piala Thanh Nien di Vietnam. - Bernama

Live Streaming Kelantan Vs Felda United 18 Januari 2013

Jom! comments


Kelantan Vs Felda United 18 Januari 2013 - Perlawanan tumpuan pada petang ini antara dua pasukan ini akan di bawah Live di sini pada pukul 4.45 petang.Johor Darul Takzim vs ATM Live Streaming
Keputusan Perlawanan Kelantan Vs Felda United

Senarai 26 Pemain Dipanggil Menentang Qatar

Jom! comments



Goalkeepers:
 Khairul Fahmi (Kelantan), Farizal Marlias (Perak), Norazlan Razali (Selangor)
Defenders:
 Amirizdwan Taj Tajuddin, K. Reuben (both ATM), Aidil Zafuan (Darul Takzim), Fadhli Shas (Harimau Muda), Nik Shahrul Azim (Kelantan), Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Bunyamin Umar (all Selangor), Faizal Muhammad (Terengganu)
Midfielders: 
Amar Rohidan (FELDA United), Gary Robbat, Wan Zack Haikal (both Harimau Muda), Shakir Shaari, Norfarhan Muhammad (both Kelantan), Azamuddin Akil (Pahang), Yong Kuong Yong (Perak), K. Gurusamy, S. Kunanlan (both Selangor), Ashaari Shamsuddin (Terengganu)
Forwards: 
Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha (Darul Takzim), Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Fauzi Roslan (Pahang)

Rosmadi: Selesai isu Butler-Hodak tanpa libatkan FAM

Jom! comments


Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) berharap krisis yang berlaku antara jurulatih T-Team, Peter Butler dengan rakan sejawatannya, Bojan Hodak dapat diselesaikan secara profesional bagi mengelak tumpuan terjejas dalam saingan Liga Super.

Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya mahu melihat kedua-dua jurulatih itu menyelesaikan krisis secara profesional, bukan secara sentimen dan sebagainya.

"Setakat ini saya belum mengetahui perkara tersebut tapi saya akan siasat dan mengetahui secara terperinci kes ini terlebih dahulu.

"Saya juga akan bersemuka dengan Bojan dan berbincang sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Tambah Rosmadi, "sebagai pihak pengurusan, saya berharap krisis ini dapat diselesaikan secara profesional."

"Mereka pun bukanlah calang-calang jurulatih, mereka jurulatih yang hebat, jadi lebih baik selesaikan masalah ini d iluar, tak payah melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.

Rosmadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Butler yang berkeras tidak mahu bersemuka dengan Hodak, sebaliknya mahu meneruskan niat melaporkan penghinaan jurulatih Kelantan itu terhadap ibunya kepada FAM.

Butler berkata, beliau akan melaporkan kejadian itu kepada FAM dalam masa terdekat ini kerana jurulatih Kelantan berusia 42 tahun itu tidak mahu memohon maaf kepadanya.

Baru-baru ini, Hodak didakwa menghina mendiang ibu Butler ketika perlawanan Liga Super antara T-Team dan Kelantan di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Pengendali Kelantan itu dikatakan bertutur dalam bahasa Croatia yang tidak difahami pengadil perlawanan dan Butler.

Enggan mengulas dengan lebih lanjut, Rosmadi berkata, "buat masa ini saya tidak mahu komen banyak, biar saya berbincang dan meneliti kes ini terlebih dahulu."

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai prestasi semasa Kelantan yang dilihat hilang rentak setelah hanya mengumpul empat mata dalam tiga perlawanan setakat ini, Rosmadi tetap yakin pasukan gergasi Pantai Timur itu akan bangkit pada perlawanan seterusnya.

"Saya tetap berpuas hati dengan prestasi Kelantan setakat ini.

"Bagi saya, biasalah dalam bola sepak, ada naik dan turunnya. Bukannya selalu kita akan menang.

"Jadi, jangan kerana kalah dua tiga kali kita sudah hilang keyakinan," katanya yang yakin pasukan Kelantan mampu mengekalkan pencapaian musim lalu.

TRW - JDT sama hebat

1 comments


JDT - TRW
Aksi pemain Kelantan dan Johor Darul Takzim ketika bersaing dalam perlawanan malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 1-1
TENDANGAN percuma pemain import Johor Darul Takzim, Daniel Guiza minit ke 74 memastikan pasukan berbelanja besar pulang dengan satu mata apabila seri 1-1 menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohamed Ke IV, semalam.

Tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan minit ke 38 hasil jaringan cantik Mohd Norfarhan Muhammad yang melakukan rembatan deras sambil berlari menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd Zamir Selamat.

Bermula wisel pertama, Kelantan terus melakukan serangan untuk mendapatkan gol awal dengan menggunakan sepenuhnya hantaran tinggi kepada Keita Mandjou dan Indra Putra Mahyuddin yang berada di bahagian hadapan.

Rentak 25 minit separuh masa pertama sungguh mendebarkan dengan tuan rumah dilihat lebih banyak menguasai permainan apabila posisi tengah dikuasai sepenuhnya Shakir Shaari dan Mohd Badhri Radzi berbanding dengan Shafiq Rahim yang dilihat sedikit tenggelam.

Gol tuan rumah akhirnya menjelma hasil rembatan deras kaki kanan Mohd Norfarhan minit 38 menggembirakan penyokong The Red Warriors yang memenuhi stadium.

Menyedari gol penyamaan perlu dicari, jurulatih Johor Darul Takzim mengeluarkan Nurul Azwan Roya dan memasukkan bintang La Roja 2008, Daniel Guiza untuk menambahkan sengat di bahagian serangan.

Ternyata percaturan Fandi menjadi apabila Guiza menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti menewaskan Khairul Fahmi Che Mat 16 minit sebelum tamat perlawanan.

Dalam perlawanan berasingan, rekod tanpa kalah Lions XII lebur selepas tewas 0-1 kepada pasukan berstatus kelab PKNS di Stadium Shah Alam hasil jaringan Mohd Nazrin minit 79.

Pendahulu Liga Super, Pahang terus mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menjadikan Negeri Sembilan mangsa terbaru hasil kemenangan 2-1 dalam aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Dua gol Pahang dijaringkan Mohd Fauzi Roslan manakala gol sagu hati pelawat hasil gol sendiri pemain tuan rumah Hazri.

Juara Sumbangsih, ATM terus melakar kemenangan menewaskan T-Team 3-0 dalam aksi di Stadium Paroi. Gol tuan rumah dijaringkan Shukor Adan, Rezal Zambree Yahya dan Marlon Alex James.

Perak pula terus mengalami kekalahan 0-1 kepada Felda United di laman sendiri. Aksi sebelah petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu , menyaksikan Selangor menewaskan Terengganu 2-1 . Gol pelawat dijaringkan oleh S. Kunanlan minit keenam dan Amri Yahyah pada minit ke-16 sementara gol Terengganu dihasilkan Jean-Emmanuel Effa Owona minit ke-17.

Live Streaming Kelantan Vs Johor Darul Takzim 15 Januari 2013

2 comments


Kelantan vs Johor Darul Takzim 15 Januari 2013- Perlawanan tumpuan malam ini antara dua pasukan ini akan dibawa Live di sini.
Keputusan Perlawanan Kelantan 1 - 1 Johor Darul Takzim

Liga Super: Selangor 2, Terengganu 1

Jom! comments


Liga Super 2013
Liga Super 2013
BERIKUT keputusan Liga Super yang berlangsung petang tadi. Empat perlawanan berlangsung malam ini.
Terengganu (1) - Selangor (2)
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Perak lwn Felda United
Stadium TLDM, Perak
8.45 malam
Pahang lwn Negeri Sembilan
Stadium Darul Makmur
8.45 malam
ATM lwn T-Team
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
8.45 malam
Kelantan lwn Darul Takzim FC
Stadium Sultan Muhammad IV
8.45 malam
PKNS lwn Lions XII 
Stadium Shah Alam
8.45 malam

Tiada rombakan hadapi T-Team

Jom! comments


TIADA rombakan besar dilakukan oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak menjelang pertemuan menentang pasukan berstatus kelab, T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, petang ini.

Hodak yang juga merangkap Pengurus Pasukan berkata, beliau bercadang mengekalkan sebahagian besar pemain termasuk penyerang import yang dikritik hebat, Keita Mandjou dalam pertemuan dengan PKNS FC tempoh hari apabila bertemu pasukan bimbingan bekas jurulatih Kelantan, Peter Butler.

“Besar kemungkinan saya bercadang menyenaraikan bekas pemain T-Team musim lalu, Zairo Annuar (Zalani) dalam kesebelasan utama pasukan Kelantan. Begitu pun, saya akan buat keputusan mengenainya esok (hari ini).

“Zairo Anuar mengetahui sedikit sebanyak kekuatan dan kelemahan bekas pasukan lamanya. Saya perlukan khidmat dia dan saya fikir ini merupakan satu peluang baik untuknya membuktikan kehebatan jika diberi ruang beraksi nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurut pengendali dari Croatia itu, beliau akan tetap mempertaruhkan rangkaian penyerang yang sama, Manjdou dan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal bagi merobek gawang gol pasukan yang terkenal dengan jolokan The Titans itu.

“Mengenai Mandjou, saya tahu ramai peminat pertikaikan kredibiliti dia. Tetapi saya harus bersikap jujur dan adil.

“Anda lihat Marlon Alex James (pemain ATM). Dia pemain hebat tetapi gagal menjaringkan gol meskipun mempunyai banyak peluang ketika pasukannya tewas kepada Lions XII tempoh hari. Situasi ini mungkin sama menimpa Mandjou, kita janganlah cepat menghukum dia,” katanya.

Hodak berkata, akan tiba masanya bagi Mandjou membuktikan kehebatannya selaku penggempur berbisa dan beliau berharap penyokong setia terus beri peluang dan sokongan kepada penyerang berasal dari Guinea itu.

Mengulas mengenai kekuatan T-Team yang pasti mahu mencatatkan kemenangan pertama setelah tewas tipis 0-1 kepada Perak tempoh hari, Hodak bagaimanapun tidak risau dengan kebangkitan kelab yang berpangkalan di Kuala Terengganu itu.

Penyu dapat wang ‘sagu hati’

Jom! comments


Mohd Affize Faisal Mamat
Affize memilih untuk menyarung jersi ATM, musim ini.
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan pasukan ATM supaya membayar wang ‘sagu hati’ RM5,000 kepada skuad Terengganu dalam tempoh 30 hari berkuat kuasa semalam.

Ini kerana pertikaian kedua pasukan mengenai pemain Harimau Muda A, Mohd Affize Faisal Mamat yang dilepaskan FAM tetapi memilih untuk bergabung dengan pasukan juara Piala Sumbangsih.

Mengikut peraturan FAM, pemain perlu kembali ke pangkuan pasukan negeri asal selepas melepasi had umur 23 tahun.

Sebaliknya, Affize bertekad menyarung jersi ATM dan pasukan negeri asal tidak berhak memaksa beliau bermain bersama mereka.

“ATM boleh menurunkan Affize berkuat kuasa semalam,” kata Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan.

Jadual Liga Perdana Dan Liga Super

Jom! comments



Liga Super 2013
BERIKUT jadual perlawanan Liga Perdana dan Liga Super yang berlangsung hari ini.

Semua perlawanan bermula pukul 4.45 petang kecuali perlawanan di Stadium Negeri Sarawak bermula 8.15 malam dan Stadium Darul Aman bermula 8.45 malam.

Sarawak lawan UiTM FC di Stadium Negeri Sarawak, Kuching

Kedah lawan Pos Malaysia FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kuala Lumpur lawan PDRM di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras

NS Betaria FC lawan Johor di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Sime Darby FC lawan Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang

S.P.A Putrajaya FC lawan Perlis di Stadium Hang Jebat, Melaka


Liga Super:

Semua perlawanan bermula 8.45 malam kecuali di Stadium MBPJ bermula 4.45 petang

Negeri Sembilan lawan Terengganu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Felda United FC lawan Pahang di Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Johor Darul Takzim FC lawan Perak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net