Shila Amzah dapat tawaran di China
Shila Amzah dapat beberapa tawaran di China, demkianlah impak susulan kejayaannya menggondol hadiah utama dalam pertandingan Asian Wave 2012 baru-baru ini sekaligus berjaya mencuri hati rakyat disana. Shila Amzah telah mendapat beberapa tawaran untuk mengembangkan bakat ke negara China.“Saya telah mendapat beberapa tawaran dari China, tapi keputusan muktamad mengenainya akan diumumkan kemudian,”
ujarnya yang ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.
Di peringkat akhir, Shila yang telah menyanyikan tiga lagu berlainan bahasa iaitu ‘Gemilang’, nyanyian asal Jaclyn Victor, ‘Grenade’ oleh Bruno Mars dan ‘Zheng Fu’ oleh Na Ying telah berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia sekali gus meraih pujian daripada banyak pihak.
“1Malaysia memang sesuai dengan persembahan dan membawah tuah pada saya pada hari itu. Ia persembahan yang berwarna-warni sebagaiman warna-warni yang ada di Malaysia.
“Saya berasa sungguh bertuah memenangi pertandingan ini dan bersyukur pada Allah dengan bakat yang dianugerahkan kepada saya,”
kata Shila Amzah.
Komen Di Sini
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^