MESKIPUN tewas kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan Piala Sumbangsih, Sabtu lepas, Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi tetap yakin pasukannya mampu mempertahankan kejuaraan treble yang dimenangi mereka musim lepas.
Badri yang turut dikenali sebagai Piya turut menegaskan, kekalahan tersebut tidak pernah membuatkan pasukan The Red Warriors tergugat mahupun sebaliknya.
“Ini perlawanan pertama, kami tidak boleh terlalu kecewa dengan kekalahan ini.
"Bagi saya, semuanya berada dalam keadaan baik. Lagipun perjalanan musim ini masih jauh. Apa yang penting sekarang, kita lakukan yang terbaik untuk perlawanan seterusnya," kata Piya yang berharap pasukannya dapat menewaskan PKNS dalam perlawanan sulung Liga Super, esok.
Sabtu lepas, misi Kelantan untuk mencari piala keempat nyata gagal apabila tewas kepada ATM menerusi sepakan penalti 3-4.
Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dengan ketiadaan tonggak utama musim lalu merupakan faktor kekalahan itu, Piya bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.
“Kehilangan beberapa tonggak musim lalu bukan penyebab kekalahan ini.
“Kekalahan di tangan ATM bukannya disebabkan persembahan buruk, kekalahan kami bermaruah, kami melawan dan mendahului lawan.
"Jadi, semua ini tiada kaitan dengan kehilangan pemain musim lepas. Corak permainan kami masih boleh diperkemaskan dan saya pasti permainan kami lebih baik selepas ini," katanya yang akan bangkit pada perlawanan pertama Liga Super esok.

Komen Di Sini
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^