(YouTube) Buat Lagak Ngeri sampai Mati!!!

Karl Wallenda (January 21, 1905 – March 22, 1978) ialah pengasas The Flying Wallendas, sebuah kumpulan keluarga lagak ngeri pejalan tali. Wallenda diketahui sebagai seorang pejalan tali tanpa jaring keselamatan yang sering melakukan aksi yang menimbulkan rasa seriau.


Di sepanjang kariernya, Wallenda telah telibat dengan pelbagai tragedi melibatkan keluarganya sewaktu membuat persembahan, tetapi beliau terselamat. Dia terus membuat persembahan kerana itu ialah apa yang dia sukai. Pada 1978, pada umur 73, Wallenda cuba berjalan di antara dua menara 10 tingkat Condado Plaza Hotel di San Juan, Puerto Rico.

Wallenda gagal mengimbangI badannya apabila angin bertiup lebih dari 48 kilometer sejam. Keluarga Wallenda bagaimanapun mengatakan tragedi itu berlaku kerana 'kesilapan pada wayar', bukannya angin. Seorang krew filem WAPA-TV di San Juan telah merakamkan tragedi itu, dan video itu yang menampilkan narasi Guillermo Jose Torres penuh emosi, telah disiarkan di seluruh dunia.

Ranking: 5

Comments:6

01 May, 2013 00:56

bahaya keje lagak negeri...pendapatan plak pasti lumayan

Anonymous
18 June, 2013 15:02

tak guna kalu nyawa hujung tanduk. nanti tak merasa

28 June, 2013 13:08

Ini satu lagi lagak ngeri yang merbahaya.

28 June, 2013 13:09

Mat saleh ni, tiada kerja lain. asyik membuat kerja yang lain drp yg lain.

28 June, 2013 13:10

Berapalah mereka bayar ya untuk buat aksi begini? Tentu mahal ni?

28 June, 2013 13:12

Apapun itulah yang kerja mereka buatkan, untuk tambah pendapatan...sampingan atau mungkin memang kerjanya begitu?

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net