Powered by Jasper Roberts - Blog

Bintang Mencari Bintang Tv3



Bintang Mencari Bintang merupakan program terbaharu terbitan TV3 berjudul yang menggilap bakat baru berdasarkan sketsa komedi dan nyanyian tidak mempunyai persamaan dengan program komedi sedia ada.

Penerbit eksekutifnya, Muhamad Suffian Isa berkata, walaupun program berbentuk komedi telah banyak diketengahkan oleh stesen lain namun pihaknya memberi jaminan rancangan realiti itu akan memberikan kelainan.

"Program ini diterbitkan bukan untuk meniru sesiapa dan pengisiannya nanti akan memberikan kelainan kepada penonton.

"Malah pada tahun 2007 kami pernah merancang untuk menerbitkan program pencarian pelawak namun kurang mendapat sambutan," jelasnya.

Seramai enam orang artis yang dipanggil “sifu” akan menerajui program itu seperti Raja Azura, Senario, Harun Salim Bachik, Zizan Razak, Sabri Yunus dan Afdlin Shauki.

Bintang Mencari Bintang bakal memperlihatkan setiap sifu mempunyai dua orang peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan dan mereka akan bersaing antara satu sama lain bagi merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000.

Bagi uji bakat yang bakal bermula pada 19 Januari ini, dua nama besar iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Ajai akan memilih peserta yang berkelayakan ke pusingan seterusnya sebelum dipilih oleh enam sifu sebagai anak didik mereka.

Peserta hendaklah berusia 18 hingga 28 tahun, lelaki atau perempuan, solo atau berkumpulan (tidak melebihi dua orang). Mereka yang memiliki bakat melawak dan menyanyi digalakkan hadir untuk uji bakat.

Berikut adalah tarikh dan lokasi uji bakat:

1) 19 & 20 Januari 2013 - AEON Seberang Prai City, Pulau Pinang.

2) 26 & 27 Januari 2013 - Centerpoint Kota Kinabalu, Sabah.

3) 2 & 3 Februari 2013 - Boulevard Kuching, Sarawak.

4) 8 & 9 Februari 2013 - Kota Bharu Trade Centre, Kelantan.

5) 16 & 17 Februari 2013 - Plaza Angsana, Johor Bahru

6) 23 & 24 Februari 2013 - AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Ranking: 5

Comments:3

09 January, 2013 09:45

menarik juga rancangan ni... wah.. bro... dah lain lah templet ko ni..pergh...

09 January, 2013 09:59

boni kacak @ haha semalaman aku mengodak template ni :P

09 January, 2013 12:32

satu rancangan yg menarik ^^

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net