SELEPAS gagal memperolehi sebarang kejuaraan saingan Liga Malaysia 2012, pengurusan The Red Giants tampil lebih komited dalam mempersiapkan pasukan bagi mencabar kejuaraan Liga Malaysia 2013.
Malah Presiden Persatuan Bola sepak Selangor (FAS), Tan Sri Abdul Khalid semasa melancarkan jersi baru Selangor baru-baru ini meletakan saranan satu piala sebagai hadiah kepada rakyat Selangor dibawa pulang The Red Giants sama ada Piala FA, Piala Liga Super, Piala Malaysia ataupun Piala AFC.
Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim yang ‘lambat panas’ musim lalu memantapkan setiap posisi pasukan dengan menampilkan 11 muka baru dan 12 muka lama untuk memperkuatkan juara 32 kali Piala Malaysia berkenaan.
Nilai tambah benteng terakhir Selangor, penjaga gol utama, Norazlan Razali bakal mendapat saingan terbaru apabila bekas penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli diambil memperkukuh bahagian berkenaan.
Jentera pertahanan pula mendapat nafas baru bekas tonggak pertahanan Harimau Muda A, Mahali Jasuli bakal bergandingan bersama pemain import dari Lebanon, Ramez Dayoub, Nasriq Baharom, Bunyamin Umar dan kapten baru pasukan, Asraruddin Putra Omar.
Bahagian tengah pula kehadiran pemain sayap lincah Negeri Sembilan, S Kunanlan, bekas pemain tengah USM FC, S Veenod dan bekas sayap Harimau Muda, V Kavichelvan bakal memberikan lebih sengat bahagian berkenaan.
Kehadiran tiga pemain berkenaan bakal mengisi kehilangan kapten pasukan yang juga pakar sepakan percuma, Safiq Rahim yang berhijrah ke Johor Darul Takzim FC bagi memperkuatkan cabaran Harimau Selatan berkenaan.
Bahagian serangan Selangor musim ini akan lebih menyengat dengan kehadiran bekas penyerang import Terengganu, Francis Forkey Doe yang menggantikan Bosko Balaban.
Pemenang Anugerah Kasut Emas 2012 itu bakal digandingkan bersama bekas peledak Kuala Lumpur Afiq Azmi dan seorang lagi penyerang muda Wan Hoesne Wan Hussain mengisi slot bersama pemain berpengalaman Amri Yahyah.
Sementara untuk saingan Piala FA, juara lima kali Piala FA ini bakal berdepan juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pusingan pertama Piala FA 2013 pada 25 Januari.
Bagi cabaran Piala AFC pula, Selangor yang mempunyai rekod terbaik apabila mara ke suku akhir pada 2006 bakal mempertaruhkan bekas pemain tengah Perak, Michal Kubala dan bekas pemain pertahanan Banska Bystrica, Peter Chrappan bagi mengalas cabaran pasukan.

Comment: 1
moga kelantan dapat mengekalkan kejuaraan tahun ini..
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^