Gambar Penjara Paling Mewah Di Dunia

Penjara Halden di Norway dianggap penjara paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta).

Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya. Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.

Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi. Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka..

 
 
 
 
 
 

Ranking: 5

Comments:6

16 January, 2013 18:01

kalau macam ni lah penjara, aku teringin masuk penjara.. makan pun free..hehehehe

16 January, 2013 21:27

nak masuk penjara la, leh wat fulltime blogging, kalau macam ni gamaknya suasana penjara mewah. huhu

17 January, 2013 12:02

mesti macam terapi canggih ni.
yela mungkin die masuk penjara sbb merompak tp lps masuk d sebabkn kemewahan dikejapi die rasa best. berubah jadi baik

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net