Harimau Muda A latih di Brisbane minggu depan


SKUAD Harimau Muda A akan menjalani latihan luar negara dan mengadakan empat perlawanan persahabatan di Brisbane, Australia dari 23 Januari hingga 7 Februari depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya hari ini berkata, pendedahan ke Australia itu adalah sebahagian persiapan pasukan bawah 23 tahun kebangsaan untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar, akhir tahun ini.

"Persatuan Bolasepak Malaysia telah memilih 25 pemain untuk menyertai latihan bersama pasukan bawah 23 tahun kebangsaan ke Brisbane, Australia," menurut kenyataan itu.  

Skuad kendalian ketua jurulatih, Ong Kim Swee itu akan memulakan aksi persahabatan bertemu kelab Liga Perdana Australia, Gold Coast Sharks pada 26 Januari.

Mereka kemudian akan berdepan dua lagi kelab yang beraksi dalam Liga Perdana Australia iaitu Sunshine Coast Fire pada 29 Januari dan Brisbane Olympic pada 2 Februari.

Pasukan bawah 23 tahun kebangsaan itu akan menamatkan aksi persahabatan menentang juara Liga-A musim 2011/2012, Brisbane Roar pada 5 Februari.

Selepas aksi persahabatan di Australia, skuad Harimau Muda A dijangka mengadakan latihan selama lima bulan di Slovakia bermula 15 Mac sehingga Ogos, dan dijadual mengadakan 15 perlawanan persahabatan.

Sekembalinya dari Slovakia, pasukan berkenaan dijangka menyertai Pesta bola Merdeka dan Piala Thanh Nien di Vietnam. - Bernama
Ranking: 5

Comment: 1

19 January, 2013 01:39

selamat berjaya
lama tu lima bulan di slovakia

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net