Powered by Jasper Roberts - Blog

Kes Dadah, Zarina Anjoulie di pindahkan ke penjara kajang




Kes Dadah Zarina Anjoulie - Terkini Zarina Anjoulie telah di pindahkan ke penjara kajang selepas tiada ahli keluarganya yang datang untuk mengikat jaminnya walaupun dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran.

Rakan lelakinya iaitu Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya.

Sebelum itu kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliko dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, empat hari lalu.

Zarina dan Mohamad Fakhruzaim bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.

Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net