Jual perlawanan boleh bunuh bola sepak


sukan malaysia
SETIAUSAHA Agung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Jerome Valcke menyifatkan kes mengatur keputusan perlawanan yang kian menular satu "penyakit" yang boleh membunuh dunia bola sepak.

Awal bulan ini, Fifa telah mengharamkan 41 pemain Korea Selatan yang terlibat dalam kes menetapkan keputusan perlawanan.

Ia diikuti penggantungan Presiden Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan bulan lepas menjelang penyiasatan terhadap isu penetapan perlawanan sebelum ia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2010.

"Saya betul-betul berasa kes mengatur keputusan perlawanan satu penyakit dan ancaman kepada seluruh dunia.

"Ia bukan sahaja di Afrika, tetapi juga di Asia, Eropah, Amerika Utara, Kanada, dan Amerika Selatan.

"Boleh dikatakan seluruh dunia akan turut berhadapan dengan perbuatan jual perlawanan. Kes ini sangat aktif,”  katanya dalam temu bual eksklusif kepada CNN.

Valcke berkata demikian selepas Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), Michel Platini menegaskan bahawa kes mengatur keputusan perlawanan adalah ancaman besar buat masa depan bola sepak ketika ditemu bual oleh stesen radio Perancis.

Platini memberi amaran bahawa bola sepak akan "mati” sekiranya keputusan perlawanan diatur terlebih dahulu.

"Jika anda tahu keputusan penghujung permainan itu, maka bola sepak akan mati. Keindahan permainan akan dirasai sekiranya kita tidak tahu siapa yang akan menjadi pemenang.

"Ia boleh menjadi pasukan itu jika anda fikir akan menang, tetapi  ia juga boleh menjadi pasukan lain, lawan yang boleh membuatnya kerana ia dimainkan pada satu matlamat. Jadi sebab itu kita perlu melindungi bola sepak setakat mana yang boleh,” ujarnya.

Dalam pada itu, Valcke memberi amaran bahawa memerangi mengatur keputusan perlawanan amat lumayan boleh mengambil masa 10 tahun, dan menggesa sesiapa yang mempunyai pengetahuan tentang aktiviti itu untuk tampil  membantu.
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net