Yus Jambu Rancang Untuk Kahwin Guna Duit Kemenangan MLM 2012


JOHOR BARU: Pelawak Yussry Edoo atau Yus merancang untuk membelanjakan sebahagian wang kemenangan menerusi program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) yang berlangsung pada malam Jumaat lalu untuk persiapan majlis perkahwinannya.
Yus, 36, berkata, dia berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihannya selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.
"Setakat ini saya tiada mempunyai sebarang perancangan untuk membelanjakan wang kemenangan sebanyak RM125,000 itu tetapi sebahagiannya akan digunakan untuk persiapan perkahwinan saya," jelasnya.
Yus bagaimanapun enggan mendedahkan identiti wanita yang berjaya menambat hatinya itu dan memberitahu mereka telah berkenalan selama beberapa tahun.
Pada pertandingan akhir itu, Jambu yang turut dianggotai oleh Zamatul Amri Zakaria atau Tauke, 36, dinobatkan sebagai naib juara MLM 2012 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 dan sebuah trofi.
Manakala kumpulan Jozan (Johan dan Zizan) muncul juara Jozan dan melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi.
Jambu bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran atas kemenangan mereka di MLM 2012 bagi meraikan peminat dalam masa terdekat.
Sementara itu, kumpulan Shiro (Shahrol dan Ajak) mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 berserta trofi.
Dalam pada itu, Tauke berkata, mereka juga merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran bersama penyokong dan Kelab Sahabat Tauke bagi menghargai sokongan semua peminat sepanjang pertanndingan itu.
Kata Tauke, majlis berkenaan berkemungkinan akan diadakan di Perlis namun masih belum menetapkan tarikh sebenar kenduri tersebut.
"Seminggu dua ini kami mahu bercuti terlebih dahulu untuk merehatkan minda dan selepas itu baru kami merancang untuk majlis berkenaan.
"Yus akan bercuti di Perlis manakala saya akan menghabiskan masa untuk memancing," ujarnya.
Mengulas mengenai kemenangan pada MLM 2012, Tauke berkata, mereka berpuas hati dengan kedudukan naib juara yang disandang mereka dan menganggap ia sebagai rezeki dari Tuhan.
Tambah Tauke, antara faktor lain kemenangan mereka mungkin disebabkan persembahan mereka pada musim ini konsisten sejak minggu pertama.
"Berbanding musim lalu, persembahan kami kurang menyengat namun mengambil pengalaman untuk memerbaiki untuk pertandingann tahun ini.
"Ahamdulillah semua lawak yang ditonjolkan berjaya menambat hati peminat dan juri," jelasnya.
Tambahnya lagi, mereka akan meneruskan perjuangan Jambu sebagai kumpulan selagi diterima peminat.
Ranking: 5

Comments:3

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net