Isu keselamatan: PBNJ serah kepada FAM


SETIAUSAHA Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyelesaikan kemelut membabitkan pihaknya dan Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (Kafa).

"Saya tidak mahu komen apa-apa. Sekarang ini pihak kami telah menghantar laporan terperinci kepada FAM.

"Jadi semuanya terpulang kepada FAM untuk menentukan sebarang keputusan, kita tunggu saja nanti," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai kenyataan Kafa yang menyangkal dakwaan PBNJ yang menyatakan persatuan itu gagal menepati janji untuk menjamin keselamatan penyokong Johor Darul Takzim FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Selasa lalu.

Ketika ditanya adakah benar dakwaan yang dikatakan oleh Kafa, Suhairi tetap enggan memberi sebarang kenyataan, sebaliknya mahu menunggu sahaja keputusan yang akan dikeluarkan oleh FAM.
"Biarlah apa yang mereka mahu katakan yang penting saya sudah melakukan semua kerja saya.

"Biar Jawatankuasa FAM yang menentukan," jelasnya lagi.

Hari ini, media tempatan melaporkan Kafa menyangkal dakwaan PBNJ bahawa kawalan keselamatan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada pertemuan antara kedua-dua pasukan minggu lepas, longgar.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Tiket dan Kawalan Pintu Kafa, Datuk Ismail Md Noor berkata, isu keselamatan merupakan perkara paling penting dibincangkan dan pihaknya, selaku tuan rumah tidak sesekali memandang remeh kehadiran penyokong pasukan pelawat.

Menurut Ismail, perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat keselamatan yang berlangsung pada hari perlawanan dan turut dihadiri  Suhairi sendiri, Bendahari Kehormat, Datuk Abd Latiff Bandi serta seorang pegawai Timbalan Setia Negeri Johor berpangkat mejar.

"Saya sudah menasihati ketiga-tiga wakil PBNJ supaya jangan menonjolkan anggota tentera kanan kerana ini akan menimbulkan provokasi dalam kalangan penyokong di stadium pada perlawanan malam itu," kata Ismail.
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net