Top 10 Baka Kucing Paling Disukai


Biasanya kita mengenali kucing sebagai kucing saja dan tak ramai dari kita mengambil tahu tentang baka-baka kucing yang wujud di sekeliling kita. Namun dari segi populariti, ini ialah senarai sepuluh baka kucing paling popular:-
1. Siam
kucing comel

Dengan mata birunya yang menawan, tak hairanlah ia dikatakan jenis kucing paling popular. Namun, walaupun ia kucing yang cantik, personalitinya sebenarnya yang paling menarik perhatian—Kucing Siam gemar ‘bercakap’ dengan tuannya siang dan malam, manakala sikap ingin tahunya memang legenda.

2. Parsi
kucing comelKucing parsi yang penuh glamour ialah baka kucing kedua paling popular. Ia diketahui mempunyai personaliti yang lembut dan pendiam tetapi comel. Bulunya perlu diuruskan dengan baik, tetapi pemilik-pemilik kucing ini sering menyatakan ianya pengorbanan yang berbaloi.
3. Maine Coon
kucing comelBaka kucing yang berbadan besar tetapi personalitinya lembut. Ia baik dengan sesiapa saja, anjing sekalipun. Ia juga gemar mengekor ahli keluarga pemiliknya dari bilik ke bilik. Kucing baka ini boleh mencapai berat 9 sehingga 18 paun.
Lagi 7 baka kucing dengan membaca entri ini sepenuhnya.
4. Ragdoll
kucing comel
Matanya yang besar memang menarik perhatian, kucing baka ini juga mempunyai personaliti yang menarik.
5. Bengal
kucing comel
Atletik, bijak, aktif dan berdikari. Ianya tidak sejinak kucing-kucing lain, tetapi ia sukakan perhatian dan ia juga suka berjalan, anda perlu pakaikan tali pada lehernya.
6. Himalaya
kucing comel
Biasanya kucing baka ini dihasilkan dengan mengacukkan baka Siam dengan baka Parsi. Maka dengan itu secara semulajadi ia mempuyai personaliti kucing Parsi iaitu tenang tetapi ia juga mempunyai sifat kucing Siam yang sangat ingin tahu.
7. American Shorthair
kucing comel
Ini ialah kucing biasa. Ianya suka bermain, suka dimanjakan dan bertoleransi. Asalkan ianya bersosial dengan baik semasa di peringkat anak kucing, ia tidak ada masalah untuk bercampur dengan tetamu dan haiwan peliharaan lain bila dewasa.
8.Manx
kucing comel
Dikenali dengan mudah kerana ia tiada ekor, tetapi ia kucing yang bijak dan suka bermain. Ianya biasanya hanya akan rapat dengan seorang saja ahli keluarganya, tidak seperti kucing jenis lain yang gemar berkongsi kasih sayang.
9. Russian Blue
kucing comel
Ianya sedikit pendiam, bijak dan mudah disayangi. Ia juga tidak banyak karenah berbanding baka kucing yang lain.

10. Sphynx

kucing comelBulunya seperti jaket kulit suede, ianya sejenis kucing yang gemar dipuji untuk keletahnya.

sumber: dhanian.blogspot.com
Ranking: 5

Comments:5

24 January, 2013 17:37

parsi tetap terbaik..hehehe.bulu kembang semangkuk..hahaha

26 January, 2013 12:48

Suka maine coon
Jom terjah...

03 April, 2013 23:44

Serius, saya suka kucing.

Saya suka baka Siam, Parsi dan American Shorthair.

memang fun sentiasala jika kucing-kucing tersebut ada kat sisi saya.

22 April, 2013 01:07

kucing yang den pernah bela siam, persian, british short hair... teringin juga nak bela jenis sphynx tu, mak tak bagi.. mak geli.... tapi mahal jugak tu sebenarnya

03 July, 2013 09:22

comelnya kucing....

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net