GABUNGAN Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Gempita) Mahu FAM Bertindak


Gempita mahu FAM bertindak
Ahli Gempita mengadakan bantahan di luar pekarangan stadium berhubung kehadiran beberapa askar Komando yang lengkap bersenjata di Kota Bharu, Selasa lalu. Foto: Rosli Talib.
GABUNGAN Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (Gempita) mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil pendirian tegas ekoran kehadiran Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang lengkap bersenjata ketika aksi Kelantan-Johor Darul Takzim di Kota Bharu, Selasa lalu.

Penyelarasnya, Mohd Shaharuddin Abdul Latif berkata, FAM perlu menilai perkara itu dengan serius bagi mengelakkan ia menjadi ikutan pasukan lain.

“Kita mahu FAM segera mengambil pendirian mengenai perkara ini jangan anggap ia perkara remeh, tidak perlu membawa askar bersenjata ketika perlawanan bola sepak berlangsung, adakah Kelantan tidak aman,” katanya.

Anggota tentera terbabit dipercayai JMF  berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga tamat permainan.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah menafikan dakwaan itu.

Titah baginda, askar terbabit merupakan Pasukan Kor21 Gerak Khas (komando) yang ditugaskan sebagai persediaan sekiranya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyaksikan perlawanan dan ia merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Perkara ini penting untuk memastikan keselamatan Sultan Johor dan ia bukan perkara baru kerana prosedur ini sama dalam program besar seperti Kembara Mahkota Johor.

Penyelaras The Red Warriors Negeri Sembilan, CM Saidi turut melahirkan rasa tidak puas hati.

“Kehadiran askar telah mengundang provokasi. Saya rasa jika tiada askar bersenjata sudah pasti perlawanan berjalan dengan lancar," katanya.

Bantahan aman yang diadakan selepas perlawanan dihadiri kira-kira 100 ahli Gempita.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu media dua hari lalu bahawa langkah meletakkan anggota tentera satu prosedur biasa buat kerabat diraja dan perkara itu sejajar dengan polisi JMF yang ditugaskan menjaga keselamatan baginda.

Azzuddin juga berharap perkara ini tidak desensasikan oleh mana-mana pihak selain menggesa penyokong-penyokong bola sepak tempatan tidak terkeliru dengan kehadiran JMF Selasa lalu.
Ranking: 5

Comments:2

20 January, 2013 11:58

mari lihat cni, ade info menarik tuk anda :) http://adorafiq.blogspot.com/2013/01/keajaiban-for-healthy-and-beauty.html

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net