Powered by Jasper Roberts - Blog

Undian Pasukan Kebangsaan - Bola sepak Sukan SEA 2011


KUALA LUMPUR 19 Okt. - Malaysia bakal berhadapan misi getir bagi mempertahankan pingat emas bola sepak temasya Sukan SEA apabila diundi bersama tuan rumah, Indonesia dan Thailand, dalam kumpulan A.
Selain itu, kumpulan itu turut disertai oleh Singapura dan Kemboja.
Undian acara bola sepak Sukan SEA Indonesia 2011 berlangsung di Stesen Televisyen Indonesia Studio 4 RCTI (Rajawali Citra Televisi Indonesia) di Jakarta Barat, Indonesia, hari ini.
Kumpulan B pula dianggotai oleh naib juara edisi lepas, Vietnam, Laos, Brunei Darussalam, Timor Leste, Myanmar dan Filipina.
Proses undian itu turut disiarkan menerusi talian Internet.
Menerusi undian itu, skuad negara bawah 23 tahun negara di bawah jurulatih Ong Kim Swee, akan membuka saingan dengan menentang Singapura pada 9 November diikuti Thailand (11 November), Kemboja (15 November), Indonesia pada 17 November.
Acara bola sepak Sukan SEA akan bermula dari 3 hingga 21 November di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta dan Stadium Lebak Bulus, Jakarta Selatan. - Bernama



Keputusan undian kumpulan bolasepak Sukan SEA 2011:
Kumpulan A:
MALAYSIA
INDONESIA
SINGAPURA
THAILAND
KEMBOJA
Kumpulan B:
VIETNAM
LAOS
BRUNEI DARUSSALAM
TIMOR LESTE
MYANMAR
FILIPINA
Jadual perlawanan peringkat kumpulan(Kumpulan A) Sukan Sea 2011:
9 November 2011 – MALAYSIA VS SINGAPORE
11 November 2011 – MALAYSIA VS THAILAND
15 November 2011 – MALAYSIA VS KEMBOJA
17 November 2011 – INDONESIA VS MALAYSIA
19 November 2011 – Separuh akhir
21 November 2011 – Perlawanan akhir/final



keyword: sukan sea 2011, sukan Sea 2011, indonesia sukan sea, 2011 sukan sea indonesia, undian sukan sea 2011, pasukan kebangsaan sukan sea, pasukan maut sukan sea, harimau malaya sukan sea
Ranking: 5

Comments:6

20 October, 2011 00:57

perghh giler susah...

20 October, 2011 01:02

@Gaara
a,ah...

tapi inilah cabarab sebenar yg harus pasukan harimau malaya tempuhi...

harap dapat memberi mutu permainan yg terbaik dari sebelum ini...

20 October, 2011 01:19

tu dia aih...MAL INA SIN THA satu kumpulan...??? Mak aiii...

20 October, 2011 09:27

mmg kumpulan maut tu.. hahahah

20 October, 2011 14:55

@blogtilldrop

HAha..memag croup pasukan2 terkuat tu...

mampukah pasukan Harimau MAlaya???

sama2 kita doakan kejayaan die org...

20 October, 2011 14:56

@FaKArePa!n

Pasukan mana yang bakal menyerlah dalam group maut tu??ahak...

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net