Soal Jawap Nuffnang Soal Buffered Earnings


Hai all...baru-baru ini koz telah memberi soalan kepada pihak nuffnang berkenaan cara nuffnang memberikan iklan kepada pemilik blog dan cara pembayaran setiap iklan yang diberikan kepada pemilik blog. Jadi jawapan yang di berikan seperti berikut:

Hi Wan,

Blogger-blogger dibayar apabila mereka memaparkan iklan dari Pihak Pengiklan (Advertiser) kami. Iklan-iklan ini terdiri daripada 3  jenis iklan yang umum, iaitu kempen CPC (Cost Per Click), CPA (Cost Per Action) dan kempen CPM (Cost Per Impression). 

1) Kempen CPC
Kempen CPC dilancarkan pada permintaan Pihak Pengiklan dan akan terpapar pada semua blog di bawah rangkaian Nuffnang setelah pemilik-pemilik blog tersebut memilih "Show Global CPC Ads" pada Blog Preferences di Blog Manager mereka, dan pada masa yang sama, tidak mempunyai kempen CPM pada masa kempen itu dilancarkan. Blogger dibayar berdasarkan jumlah klik unik pada ruang iklan oleh pengunjung unik blog mereka. Iklan-iklan tidak akan dipaparkan lagi setelah klik maksimum telah tercapai dan semua akaun-akaun blogger akan dikemaskini berdasarkan klik asli yang mereka dapati selama kempen tersebut berlangsung. Sila ambil perhatian bahawa tiada pendapatan yang dapat dihasilkan jika blog tersebut tidak mendapat sebarang klik walaupun blog tersebut memaparkan iklan CPC sepanjang kempen berlangsung. 

2) Kempen CPM
Bagi kempen CPM, Pihak Pengiklan kami akan memilih sendiri blog-blog yang mereka tertarik untuk memaparkan iklan mereka kerana mereka membayar jumlah yang lebih tinggi untuk iklan CPM berbanding dengan iklan jenis CPC/CPA. Pemilihan blog dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog anda, keberkesanan unit iklan, keahlian eksklusif dan ruang unit iklan. Sekiranya anda terpilih untuk memaparkan iklan CPM, anda akan menerima notis melalui e-mel tentang kempen tersebut atau menemuinya di ruangan "Buffered Earnings" di bawah halaman "Earnings".

3) Kempen CPA
Semua blogger/blog pada umumnya berkelayakan untuk mendapatkan iklan CPA, tanpa mengira jumlah trafik sesuatu blog tersebut. Dengan kata lain, setiap pemilik blog layak untuk mendapatkan iklan CPA secara automatik, sejurus selepas anda mendaftar dengan Nuffnang. Anda juga mempunyai pilihan untuk mematikan pilihan iklan CPA jika mahu, melalui tab Blog Manager pada dashboard anda. 

Melalu iklan CPA pula, anda akan mendapat ganjaran setiap kali terdapat tindakan tertentu (yang diperlukan oleh Pihak Pengiklan) diambil hasil daripada klik yang dijanakan daripada blog anda. Misalnya apabila ada produk yang dibeli atau, apabila borang pendaftaran diisi hasil daripada klik dari iklan di blog anda, dan lain lain. Jumlah yang diperolehi akan berkisar dari transaksi yang terlibat. Lebih susah sesuatu transaksi itu, maka lebih lumayan pendapatan yang bakal anda perolehi. Sebagai contoh, jika pelawat di blog anda mengklik banner yang dimaksudkan hanya untuk mengisi sesuatu borang, maka seseorang blogger tersebut boleh mendapatkan misalnya dari RM1 sehingga RM20 ke atas sesuatu signup (tertakluk kepala Pihak Pengiklan). Malah, bagi sesuatu yang lebih mencabar, misalnya bagi sesuatu pembelian yang sangat berharga, maka jumlah ganjaran yang boleh diberikan juga boleh mencapai lebih dari RM50 di atas sesuatu transaksi. 

Dalam kata lain, bagi iklan CPC/CPA, anda akan dibayar apabila banner anda diklik pada masa-masa yang tertentu atau apabila terdapat sebarang tindakan/belian yang dilakukan di atas banner yang di klik tersebut. Manakala, bagi iklan CPM, pendapatan anda hanya akan di kemaskini selepas sesuatu kempen tersebut berakhir. Oleh itu, jika pendapatan anda tidak dikemaskini sejak kebelakangan ini, maka ia bermaksud anda tidak diberikan iklan mCPM, atau anda belum lagi mendapat sebarang klik/tindakan atau belian daripada iklan CPC/CPA.


Cheers,
Farahnaz Anwar
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my



Teringgin nak mendapat Buffered Earnings lagi. Sudah lama koz menunggu, nuffnang baik hatikan??kiki(bodek2 cikit^ ^)..
Ranking: 5

Comments:8

17 October, 2011 11:38

nuffnang is fun :)

17 October, 2011 12:41

nak bodek nuffnang jugak laa hihihi...

17 October, 2011 15:42

oo dah jawab bahasa melayu ye akk dedulu dia balas bahasa BI tu hehe

17 October, 2011 15:48

@ken

^ ^ ]

17 October, 2011 15:49

@far_east

wah2...far east pun nk bodek gak erk...sila2...hihi kita sama2 bodek...

17 October, 2011 15:50

@Puanbee2
Tu la kak...

maybe dh ada orang melayu koz dlm tu hihi...

yang membalas ni pun org melayu

Cheers,
Farahnaz Anwar
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd

19 October, 2011 08:59

senang je nak dapat buffered kalau kita faham konsep Nuffnang

03 November, 2011 15:39

salam...

saya ni baru je nak belajar dalam dunia blogging ni...saya tertanya2,brape yang nuffnang bagi untuk setiap klik pada kempen CPC ye?pastu...kenapa bila saya tengok kat bahagian 'analytics' tu ada dalam 100++ unique view,tapi earning masih kosong...kenapa ye?maksudnya takde lg ke org yg klik iklan tu?unique view tu ape ye?harap dapat membantu.terima kasih

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net