Sinopsis Filem Songlap 2011



Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

SONGLAP INFO:

Producer : Ahmad Puad Onah, Lina Tan, Lee Mee Fung (Executive Producer), Lina Tan (Producer), Aileen Seet (Producer)
Director : Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak
Producer (Company) : Red Films Sdn Bhd & Grand Brilliance
Language : Malay
Genre : Drama, Action
Classification : U
Release Date : 2011
Duration : 100 min
Audio : Stereo
Script: Fariza Azlina Isahak (Screenplay)

Cast: Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Eliza Wong, Berg Lee, Khirilridzuan, Ayam Fared, Izzue Islam, Fang Chyi, Charlene Meng Si Shi


Ranking: 5

Comments:8

rezal ahmad
05 December, 2011 10:12

dah tak lama dh nak di tayangkan.

05 December, 2011 10:24

uhhh..
ang sam lagi blakon...
kdg2 tu naik muak jugak asik dia jer..
pngarah skang suka amik risiko mudah nk laku:)

05 December, 2011 10:28

shahezy sam berlakon , best agaknya ni

05 December, 2011 11:47

@rezal ahmadyes tak lama dah...tinggal beberapa hari je lagi^ ^

05 December, 2011 11:48

@sharkA,ah koz pun berfikiran cm2 juga...mcm pergi pelakon2 lain?Asyik die je kan...baru2 ni bini2 ku gangster pun dia blakon hihi...

05 December, 2011 11:48

@puanbeeKene tonton baru tahukan^ ^

05 December, 2011 12:56

nampak sangan filem ni mcm file-filem terdahulu...ni ke tahap FIlem???tayang kat tv jelah.

05 December, 2011 18:04

kena tengok. baru aku tahu best ke tidak. hehe

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net