Harimau Muda Jalani Latihan Dan Perlawanan Persahabatan Di Australia 10 Disember


Selepas mengharungi perlawanan di sukan sea dan kelayakan olimpik berturut-turut, skuad Harimau Muda akan menjalani latihan di Sydney, Australia selama 12 hari bermula 10 Disember depan.

Di Australia, skuad kendalian Ong Kim Swee ini akan mengadakan latihan dan perlawanan persahabatan dengan tiga buah kelab di Liga A-Australia. Ia adalah sebagai persiapan menghadapi baki tiga lagi perlawanan aksi kelayakan Olimpik 2012, selain persediaan menempuh saingan Liga Singapura (Liga-S) pada Februari tahun depan.

Ong Kim Swee telah pun menyenaraikan barisan senarai 30 pemain yang akan dipanggil menyertai latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada 5 Disember ini.

Kapten skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Fandi Othman, Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy, Mahalli Jasuli, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohammad Muslim Ahmad masih mendapat kepercayaan beliau selepas membantu mempertahankan pingat emas sukan sea lalu.

Penyerang Harimau Muda, Izzaq Farris Ramlan terpaksa diketepikan ekoran kecederaan serius dan baru selesai menjalani pembedahan lutut. Selain itu seorang lagi penyerang, Mohd. Ferris Danial Mat Nasir juga digugurkan.

Namun apa yang menarik perhatian adalah dan dua penyerang yang sering mendapat kritikan dari peminat, Ahmad Fakri Saarani serta Thamil Arasu masih diberikan kepercayaan untuk mengggempur barisan pertahanan lawan.

Pemain tengah berbakat berusia 17 tahun, Muhammad Nazmi Faiz Mansor juga masih ditagih Kim Swee bagi menggerakkan jentera tengah Harimau Muda.

Tiga pemain pinjaman kelab Slovakia, FC Vion Zlate Moravce iaitu Wan Zack Haikal, Irfan Fazail dan Fadhli Shas juga masih mendapat kepercayaan Kim Swee bersama Gary Steven Robbat yang sebelum ini tidak dibawa ke Jakarta akibat kecederaan.

Selain itu, K. Reuben bersama penyerang pinjaman Felda United, D. Saarvindran yang sebelum ini digugurkan ke temasya Sukan SEA juga kembali dipanggil menjalani latihan.

Ong Kim Swee turut memanggil beberapa muka baru untuk diuji termasuk penjaga gol muda Kelantan dan Terengganu, Syazwan Yusof dan Sharil Saari bersama pemain skuad Presiden Kelantan, Nik Mohd. Syahrul Azim Nik Abd. Halim serta beberapa lagi pemain muda seperti Muhammad Akmal Ishak, Mohd Azizan Nordin dan Mohd Azrif Nasrulhaq.



Info dari:  portalsukan.com
Ranking: 5

Comments:5

Meow
02 December, 2011 15:53

buat yg terbaik harimua muda, moga dapat mencipta kejutan di sana nanti..

02 December, 2011 16:28

moga fakri dan thamil dpt memperbaiki percapaian die org menjadi yg terbaik...

02 December, 2011 19:11

waa nak puji header tu cantik bangat seh

04 December, 2011 12:39

kucing muda pulak g panjat tingkat dua & berak kat pasu bunga rumah d balkoni.. mmg kurang asam itu kucing muda!

05 December, 2011 02:41

harap mereka berlatih bersungguh - sungguh.

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net