Borang Pendaftaran Bantuan RM500 Kini Di Buka 10 Disember



Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.
Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat,” kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya.


keyword:
Borang Pendaftaran Bantuan RM500 , Borang Pendaftaran Bantuan , Cara Daftar Borang Pendaftaran Bantuan RM500 , Borang Bantuan RM500 ,  Bantuan RM500 , Borang Pendaftaran Bantuan RM500 Suri Rumah , Pendaftaran Bantuan RM500 ,  Bantuan RM500 kerajaan , bantuan RM500 untuk rakyat , cara dapatkan duit bantuan RM500 untuk rakyat , bantuan untuk rakyat , bantuan untuk rakyat malaysia , brim RM500 untuk rakyat , BIRM RM500 untuk rakyat , bantuan rakyat , bantuan kerajaan untuk rakyat , bantuan RM500 1 malaysia , bantuan RM500 2011 2012 untuk rakyat , bantuan keluarga , cara dapatkan RM500 , bantuan 500 ringgit untuk rakyat , bantuan untuk ketua isi rumah , layak dapat RM500 untuk rakyat , golongan layak dapat bantuan RM500 untuk rakyat , permohonan RM500 untuk rakyat , 
Ranking: 5

Comments:12

01 December, 2011 09:03

RM500 tu...cukup banyak....

01 December, 2011 09:11

koz, kalau ketua isi rumah dah pencen blh mohon tak?

01 December, 2011 09:18

@FaizalYup...banyak ar juga tuk kgunaan pembelanjaan nnt...

01 December, 2011 09:20

@far_eastboleh juga memohon....sbb ketua isi rumah yang berkerja sendiri pun layak untuk memohon mendapat bantuan RM500 ni...

01 December, 2011 09:29

alhamdulillah..
rezeki ada dimana2 saja skarang:)

01 December, 2011 09:37

@sharkA,ah...Sekarang kerajaan makin perihatin kepada rakyat...

01 December, 2011 09:52

cukup banyak peruntukkan yg kerajaan gunakan rm2.6 billion tu.

01 December, 2011 09:57

Jangan lepas PRU naik harga minyak sudah...untuk cover balik duit bantuan.

Tiada Nama Sebenar
01 December, 2011 10:02

Hahaha...ni smua tarik undi ja.Lepasni harga brg , tol ngan minyak naik kau kau punya...tunggu je la...

01 December, 2011 16:37

mudahan dpt dimanfaatkan sebaik mungkin, RM500 kira banyak juga kalau digunakan utk beli baju n buku anak2.

01 December, 2011 16:57

bagus la kerajaan prihatin kpd rakyat.

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net