Powered by Jasper Roberts - Blog

Habuan RM1 juta Untuk Harimau Muda Sukan SEA



ADA ganjaran lebih menarik menyusul buat skuad bawah 23 tahun negara yang menjuarai pingat emas Sukan Sea Indonesia bulan lalu apabila mereka dijangka menerima insentif daripada Telekom Malaysia (TM).

Jika berpandukan kepada janji TM sebelum ini ketika majlis menandatangani perjanjian sebagai Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 8 Julai lalu, skuad muda negara kendalian Ong Kim Swee itu bakal menerima insentif RM1 juta.

Bagaimanapun selepas hampir sebulan ‘ibu emas’ dibawa pulang ke tanah air dari Jakarta, masih belum ada sebarang perkembangan mengenai habuan itu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, keputusan jumlah sebenar insentif itu mungkin akan diketahui selepas Jawatankuasa Kewangan FAM bermesyuarat esok.

“Telekom menjanjikan RM1 juta sebagai insentif untuk beberapa kejohanan dalam tempoh setahun dan selepas mesyuarat Sabtu ini (esok), baru kami bentangkan jumlah sebenar untuk skuad Sukan SEA,” kata Azzuddin.

Sementara itu, bagi Kim Swee, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak pengurusan dan menyifatkan sebarang sumbangan daripada pihak swasta bakal menaikkan lagi semangat pemain.

“Saya amat mengalu-alukan sebarang bentuk insentif kepada pasukan kerana ia boleh menjadi perangsang kepada pemain untuk lebih berusaha pada masa depan.

“Saya tidak fikir pemain akan lupa diri, sekurang-kurangnya ia boleh menarik minat mereka untuk terus kekal bersama pasukan walaupun mereka kini mula dipancing persatuan negeri atau kelab dengan tawaran gaji lumayan,” katanya. Sebelum ini, semua pemain dan pegawai skuad Sukan Sea negara menerima ganjaran RM30,000 setiap seorang daripada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah atas kejayaan mereka mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos 2009.

Sementara itu, Kim Swee semalam mengumumkan senarai 23 pemain yang akan menyertai skuad Olimpik negara bagi siri latihan dan perlawanan persahabatan di Sydney menentang kelab Liga Australia, Sydney FC pada 13 Disember, Central Coast Mariners (15 Disember) dan Newcastle United Jets (19 Disember).


SUMBER : MyMETRO


Mengimbas kembali Keputusan Perlawanan Harimau Muda Sebelum Mendapat Gelaran Juara Pingat Emas Sukan SEA 2011 


Perlawanan
7/11Singapura 0–0 MalaysiaPeringkat Kumpulan
9/11Malaysia 2–1 (1–0) ThailandPeringkat Kumpulan
13/11Malaysia 4–1 (3–0) KembojaPeringkat Kumpulan
17/11Indonesia 0–1 (0–1) MalaysiaPeringkat Kumpulan
19/11Malaysia 1–0 (0–0) MyanmarSeparuh Akhir
21/11Malaysia 1–1 MT (1–1)
4–3 SP
 IndonesiaAkhir

Pengurus Dan Jurulatih
Pengurus: Datuk Hamidin Amin
Jurulatih: Ong Kim Swee
Penolong Jurulatih: Hassan Sazali Waras
Jurulatih Penjaga Gol: Yong Wai Hwang
Jurulatih Kecergasan: Rustov Bozik
Fisioterapi: Mohd Nasrul Ahmad Tajuddin
#PemainLahirKSGAKKKM
1Khairul Fahmi Che Mat07/01/19896
2Mahali Jasuli02/04/1989511
3Muhd. Zubir Mohd. Azmi01/11/19911
4Mohd. Fadhli Mohd. Shas21/01/199161
6Mohd. Asraruddin Putra Omar26/08/1988611
7Mohd. Irfan Fazail12/04/199151
8Abdul Shukur Jusoh12/02/19891
9Thamil Arasu Ambumamee04/07/199122
10Baddrol Bakhtiar01/02/19886322
11Gurusamy Govandar Kandasamy11/01/1989232
13Ahmad Fakri Saarani08/07/1989231
14Izzaq Faris Ramlan18/04/199023211
15Mohammad Amer Saidin25/07/1992
17Mohd. Fandi Othman25/04/1992321
18Syahrul Azwari Ibrahim12/01/19933111
19Wan Zaharulnizam Wan Zakaria08/05/1991311
20Izham Tarmizi Roslan24/04/1991
21Muhd. Nazmi Faiz Mansor16/08/1994411
24Mohamad Muslim Ahmad25/04/19896
28Yong Kuong Yong18/09/19881111
K - Kesebelasan
S - Simpanan
G - Gol
A - Assist
KK - Kad Kuning
KM - Kad Merah
Ranking: 5

Comments:5

09 December, 2011 10:58

Setiap rezeki sudah di tentukan moga setiap player berusaha untuk menunjukkan prestasi yg terbaik untuk perlawanan akan dtg.

09 December, 2011 11:28

harap harap perlawanan persahabatan tu ada live kat arena nanti...

10 December, 2011 11:20

Happy Blogging

12 December, 2011 07:52

Minat Harimau Muda....esp 12....

13 December, 2011 10:27

wow...rezeki2..

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net