Penumpang Keretapi Terkandas Gara-Gara Panggilan Bom


Penumpang keretapi membabitkan laluan Tapah dan Tanjung Malim, Perak, terkandas, berikutan panggilan yang memaklumkan bahan letupan, diletakkan di landasan.

Berikutan ancaman itu, perjalanan keretapi di laluan berkenaan terpaksa di tutup.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Roslan Bek berkata, pihaknya menerima panggilan yang memaklumkan bahan letupan diletakkan di landasan keretapi kira-kira jam 1l: 45 pagi tadi.

Gerakan mengesan bahan letupan itu dilancarkan 50 anggota polis dibantu unit pemusnah bom.

Turut serta kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad, KTMB.

Gerakan mencari dilakukan di laluan sepanjang 76 kilometer termasuk 21 jambatan.

Polis akhirnya, menemui objek yang dikatakan bahan letupan itu di KM259.25 kilometer dekat Sungkai.

Objek terbabit diletupkan kira-kira jam 12 lima minit tengah hari tadi.

Polis kini sedang menyiasat bahan yang diletakkan di landasan itu.

Hingga kini, difahamkan, perjalanan keretapi antara Tapah dan Tanjung Malim masih dihentikan.


Sapa punya angkara ni!!
Ranking: 5

Comments:6

01 December, 2011 20:03

waaa...bahayanya.....dah la sofea selalu naik ktm...
cammana nk g kerja esok...risau la

01 December, 2011 20:37

sapa puny keja ni.x pasal2 habis tergendala keretapi semua.adei.patutnya nnti dpt tau sapa pny angkara bom aje org tu. :p

01 December, 2011 20:43

nasib baik polis ambil tindakan segera,
x pasal2 tergendala...

02 December, 2011 08:08

@Diana Sofeabanyakkan berdoa...mintak segala pjalanan kita di lindungi Nya

02 December, 2011 08:10

@zatyA,ah zaty kita bom je balik...pkara ni bukan bende kecik tapi melibatkan nyawa org awam...sangat2 bahaya...kalaulah tiada panggilan di buat. apalah yg akan tjdi...

02 December, 2011 08:11

@cikpjazBetul tu...bende ni mmg bende serius x lh di perlekehkan...usaha mencari mmg kne buat 100% kerna ini melibatkan nyawa org awam...polis mlysia mmg terbaiklah...

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net