Panduan Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri

Laksanakan solat sunat aidilfitri kerana ia adalah WAJIB!


Panduan Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri

Di zaman Rasulullah s.a.w , baginda dan para sahabat akan melakukan solat sunat hari raya, dan ia umpama satu perhimpunan besar. Semua orang mengumpulkan ahli keluarga pergi ke masjid bersolat sunat hari raya. Wanita yang datang haid pun diminta ke tempat perhimpunan besar tu. Kalau saiz masjid kecil maka akan dibuat kawasan lapang bagi keselesaan jemaah.


Hadis Rasulullah SAW:

“Rasulullah SAW keluar pada hari raya puasa dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan adalah solat. Kemudian Baginda berpaling mengadap orang ramai yang berada dalam saf-saf mereka. Lalu Baginda memberi nasihat dan mengeluarkan perintah kepada mereka. Sekiranya Baginda ingin memilih satu kumpulan daripada mereka untuk dicetuskan bagi tujuan berhihad, maka Baginda akan lakukannya. Dan jika Baginda ingin memerintah bagi melakukan sesuatu, maka Baginda akan perintah. Kemudian Baginda akan beredar.”

Imam al-Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan bahawa Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah menceritakan:

“Kami diperintahkan supaya keluar pada hari raya, sehingga kami (disuruh) membawa bersama anak-anak dara dan perempuan-perempuan haid lalu mengambil tempat di belakang orang ramai (bukan tempat solat). Mereka bertakbir dan berdoa bersama-sama orang ramai dalam keadaan mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya (hari dosa-dosa diampunkan).”

Perbanyakkanlah takbir dimana-mana sahaja. Janganlah hanya bertakbir di masjid pada pagi Eid al-Fitri sahaja, kerana waktu takbir adalah apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehinggalah solat Aidil-Fitri dimulakan. Firman Allah Taala di akhir ayat 185, Surah al-Baqarah (pensyariatan puasa Ramadhan)

Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aildilfitri atau Aidiladha adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Cara mengerjakan Sunat Aidilfitri:

Lafaz Takbir:
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

Niat Solat Sunat Aidilfitri:
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Rakaat pertama : 
Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surahAl-Kafirun.

Rakaat kedua 
Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.

Khutbah Solat Sunat Aidilfitri.
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net