Maharaja lawak mega 2012

Maharaja lawak mega 2012

 Program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang menobatkan kumpulan Osbon sebagai juara pertama akan sekali bertemu penonton pada penghujung tahun ini.


Mengesahkan secara terperinci mengenai pengumuman ini, pengurus saluran Astro Warna, Bob Azrai memberitahu MLM musim kedua masih lagi mengekalkan konsep yang sama.

"Ya, memang benar. MLM musim dua akan muncul tidak lama lagi. Namun, setakat ini, kami masih belum ada tarikh muktamad bilakah ianya akan mula ditayangkan.

"Bagaimanapun, mengikut perancangan, program ini akan mula berjumpa peminat pada penghujung tahun ini.

"Konsep MLM masih lagi sama dan kami akan menampilkan peserta dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Siapakah pesertanya? Itu kami masih belum boleh umumkan lagi.

"Bagaimanapun, kerusi panas juri akan berubah. Tetapi, pihak kami belum mempunyai kata putus gerangan identiti yang akan menggantikan tempat Datuk Siti, Datuk Chef Wan dan Zainal Abidin Hassan," kata Bob.


Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net