Powered by Jasper Roberts - Blog

Cerita Seram Kawasan Perkuburan.


Cerita Seram Kawasan Perkuburan.

Di waktu malam yang sunyi sepi, Ali dan Abu baru sahaja pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas bersebelahan sebuah kawasan perkuburan lama.

Hati mereka berdebar-debar ketika melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.


Mereka memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan agak gelap itu, orang tua itu tekun mengukir sesuatu di atas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara: “…Ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje”.

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: “Apa yang pakcik buat malam-malam buta dekat kubur ni??”

Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah: “Bodoh!! Dia orang salah eja nama aku!”
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net