Fatihah Untuk Abah Tv3

Fatihah Untuk Abah Tv3

Kekosongan hidup Dollah ditemani dengan gelak tawa dan gurau senda rakan-rakannya, Samad dan Gusdar. Selain itu, Dollah juga sering mendapat perhatian daripada penjaga kantin bernama Ani yang sering menyimpan makanan kegemaran Dollah.


Suatu hari Dollah dikejutkan dengan kunjungan seorang gadis, Fatihah, anaknya yang ditinggalkan 17 tahun lalu. Keluarga isterinya yang mewah menentang cinta mereka dan tidak mahu membiarkan anak mereka hidup susah dengan pemandu lori. Akhirnya Dollah melepaskan isterinya dan Fatihah yang ketika itu masih bayi kepada keluarga isterinya bagi memastikan kehidupan dua beranak itu terjamin.

Dollah terkejut apabila Fatihah memberitahu ibunya telah meninggal dunia ketika usia Fatihah 5 tahun. Dalam keadaan sayu, Dollah bertanya kepada Fatihah akan tujuan sebenar Fatihah datang berjumpa dengannya. Fatihah memberitahu dia ingin menghabiskan cuti sekolah selama sebulan untuk mengenali ayahnya itu.

Dollah berasa segan untuk menyambut kehadiran Fatihah kerana keadaan rumahnya yang usang dan berselerak sedangkan Fatihah sudah biasa hidup mewah bersama Tok Mak. Kehidupan Dollah menjadi ceria dengan kehadiran Fatiha namun saat-saat bahagia tidak berpanjangan kerana Dollah sebenarnya telah menyimpan satu rahsia.

Waktu Tayangan Fatihah Untuk Abah Tv3

Raya Ketiga (21 Ogos, Selasa), 9.30 pagi – 11.30 pagi

Pelakon Fatihah Untuk Abah Tv3

Faizal Hussein, Sharifah Amani, Amyza Adnan, Azhan Rani, Shafie Naswip

Download Fatihah Untuk Abah Tv3

>>>Download<<<
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net