Powered by Jasper Roberts - Blog

Lelaki mati dikelar di leher ditemui.

Lelaki ditemui dengan kesan kelar di leher

BALIK PULAU - Seorang lelaki ditemui mati dengan kedua belah tangan terikat dan leher dikelar dalam sebuah rumah di Kampung Sungai Pinang di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata mayat lelaki terbabit, Ghadzali Ahamad, 53, ditemui rakannya yang datang untuk membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan asma pada pukul 10 pagi.

"Rakan mangsa bertindak memecahkan pintu selepas panggilannya tidak berjawab dan terperanjat apabila mendapati Ghadzali yang hanya berkain pelekat terlentang tidak sedarkan diri dalam salah sebuah bilik di rumah itu," katanya kepada pemberita.

Mangsa yang tinggal bersendirian dilihat buat kali terakhir pada pukul 8 malam tadi dan dia dikatakan telah membeli bunga api untuk saudaranya yang tinggal berhampiran lokasi kejadian.

Mazlan berkata hasil siasatan mendapati mangsa telah meninggal dunia kira-kira 12 jam sebelum ditemui dan polis turut menemui kesan pergelutan di bilik terbabit.

"Motif pembunuhan masih belum diketahui. Dompet mangsa yang berisi sejumlah wang tidak berusik," katanya.

Beliau berkata polis turut menemui sebilah pisau dapur di atas katil mangsa yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

"Polis yakin jenayah ini dilakukan lebih daripada seorang," katanya.

Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama

budak nakal: dunia akhir zaman....
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net