Powered by Jasper Roberts - Blog

Pernikahan Khidir + Amirah

3 comments

Majlis : Pernikahan Khidir + Amirah

Lokasi : Sungai Kantan Kajang, Selangor

Gambar Oleh : Kamarul Addli















































Kamarul Addli Karim

Photographer / Graphic Designer

Nineteen Mei Studio / 19MEIDESIGN

Tel : +6012 – 2767478

Email : contact@19meidesign.com / kamaruladdli@gmail.com

Weblog : http://www.19meidesign.com​/

facebook : http://www.facebook.com/ka​maruladdli


_

Al-Fatihah , Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia

Jom! comments

Pada jam 9.19 pagi tadi seniman Datuk Ahmad Jais telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam,Takziah buat keluarga arwah dan semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Amin....


Jenazah akan di bawa di Masjid Negeri Shah Alam dan akan di kebumikan di Tanah PerkuburanIslam Sekseyen 21. Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.
Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. – Mstar.com.my

Tempahan Header Pen Merah.com

10 comments

Hai all...next posting dari koz tuk hari ini^^...ahak rajin lak koz wat posting hari ni...biasa sehari 1 posting jek...ok pendekkan cerita, koz pagi tadi telah mendapat 1 tempahan header dari akak pen merah...Alhamdulillah rezeki tuk koz...Akak pen merah nak koz design dalam bentuk comel...jadi inilah hasilnya^ ^..

Okey tak?koz hasilkan header ini menggunakan sofware adobe flash dan design dalam bentul comel dalam versi wanita^^...ada kartun comel kat situ...

Bagi sesiapa yang ingin tempah header blog, sekarang harganya hanya RM40 sahaja...Jika berminat anda boleh tempah di SINI...


Koleksi Header Budak Nakal Blogspot

13 comments

Hai all...hari ini koz nak pamirkan koleksi header blog budak nakal...wah...memang koz x sedar yang koleksi header budak nakal ini dah mempunyai pelbagai jenis design...Hampir 3 tahun kewujudan blog budak nakal ini^ ^...Bila lihat design header dari asal kewujudan sehingga hari ini memang teringat segala memori ,suka duka, tawa,tangis dan sebagainya dalam mengharungi segala dugaan berblog ini...cewah haha...

 First header budak nakal ini memang simple abis...time ini koz masih berjinak-jinak dalam dunia blogger dan designer...
 Kemudian koz cuba hasilkan sedikit perubahan dari header asal...koz cuba mereka watak kartun khas tuk blog budak nakal ini atau lebih senang di sebut maskod....
Header ketiga budak nakal blogspot...time ini koz memang bersemangat berblog dan semangat menghasilkan design header yang mantop tercapai juga akhirnya...^ ^..memang kepuasan time ini tak terkata sebab ramai gak yang puji dengan hasil kerja koz ini...hihi thx all...
Header berikutnya koz cuba mengubah ke haluan versi simple pulak...dan koz hasilkan maskod cute dan comel bersesuaian dengan blog budak nakal ini...
Kemudian koz membuat sedikit perubahan pada warna pula...pink gitu hihi...time ini koz cipta header dan template khas untuk mempromosi Contest Saya Mahu Template comel yang di menangi oleh Pinky Girl....
 Header berikut pula koz hasilkan untuk meggabungkan idea animasi kartun untuk mencari watak yang lebih sesuai untuk blog budak nakal ini...
Header yang di guna sekarang ...koz menggunakan design header lama dan melaksanakan sedikit perubahan...^ ^...


Alhamdulillah sepanjang koz berblog ini pelbagai jenis design koz telah hasilkan untuk blog koz dan blog orang lain(tempahan)...Di harap segal design yang koz hasilkan dapat di sokong oleh korang semua...hihi^^...

Wang Hantaran

9 comments


Mak Cik :
"Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu.
Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan.
Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu.
Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik.
Harap faham-fahamlah ye.. ".

Mat :
"Saya paham maksud makcik.
Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye.
Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti.
Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

Mak Cik :
"Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku.
Ada berderet lagi yang tengah tunggu.
Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ".

Mat :
"Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni.
Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu.
Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.
Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.
12ribu pun saya berani letak.
Tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.
TUihh!!..
Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!


Masyarakat negara kita kini terlalu ghairah menetapkan wang hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi sehingga tidak memikirkan impak kepada pasangan yang sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga.
Jumlah wang hantaran terkini terlalu melambung tinggi, hingga "tidak setimpal" dengan anak gadis berkenaan.
Apa pendapat korang tentang perkara ini?

Koleksi Gambar Kucing Bersama Baby

9 comments

 Cedapnyer tito^ ^...
 Nampak selesa kucing tu ngan bayi ni...
 krok...krek...^ ^
 Ciuman kasih sayang...so cute^ ^
 babay : empuknyer bantal ni...
 meow: nak masuk gambar gak ar hihii...
Wah...laulah koz dapat baring macam ni...memang lenalah jawapnya...^ ^

Hapuskan Penyeksaan Terhadap Haiwan

11 comments

Hai all...hari ini koz nak kongsikan dengan korang beberapa video yang memaparkan tragedi penyesaan terhadap haiwan...Haruskah perkara seperti ini berlaku sepanjang masa?Seperti sedia maklum, baru-baru ini negara kita di gegarkan dengan berita tentang penyeksaan kepada kucing oleh PETKNODE...Kebanyakkan kucing mati kelaparan dan hilang...APakah hukuman yang setimpal harus di jatuhkan pada pesalah??Mari kita kongsi-kongsikan okey^ ^..
Penyerksaan kepada ikan lumba-lumba di jepun...
Petknode Service Penjagaan yang paling kejam di malaysia...
Seekor kucing yang di potong kakinya hanya kerana mencuri seekor ikan...

Renung-renungkanlah...

Widget Jam Kartun Wanita Untuk Blog

23 comments

Hai all...agak lama koz tak menghasilkan widget untuk korangkan...jadi hari ini koz telah hasilkan widget jam yang terbaru untuk korang...konsep kali ini menggunakan watak kartun wanita...jadi kalau berminat silakanlah mengunakannya...Cara meleteknya seperti langkah di bawah...

Langkah 1

Layout>Page Elements>Add a Gadget>HTML/Javascript

Langkah 2

Copy dan paste code di bawah


kemudian save dan lihat hasilnya...

Di sini juga koz ada menyediakan dalam pelbagai jenis warna yang korang boleh pilih...Jika korang hendak menggantikan warna widget ini korang haruslah mencari code berwarna 1317620083 di atas dan gantikan ia dengan code-code di bawah:-

pink
1317620083
biru
1317623451
hijau
1317623526
purple
1317623580

Semoga widget yang koz hasilkan ini dapat mencantikkan blog korang^ ^...

p/s: kalau dah gunakan widget ini tinggalkan commands okey^ ^...tq

Tips Cara Mengurangkan Error Validasi W3 Blog

10 comments


Hai all...Hari ini koz nak kongsi dengan korang tips bagaimana cara menggurangkan Error Validasi W3. Cara Membaikinya amat mudah tetapi koz tak janji ia akan berhasil 100%. Mungkin cukup sekadar menggurangkan Error Validasi W3. Berikut adalah langkah-langkah untuk memulakan tiops pada kali ini.

Mula-mula korang Login blog>Dashboard>Layout>Edit HTML. kemudian klik pada Expand Widget Templates.(backup Template dahulu)

Tips 1
Cara Gantikan DOCTYPE pada blogger

Cari code di bawah

<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Strict//EN" "http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-strict.dtd">

Kemudian gantikan code tersebut dengan code di bawah

<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Transitional//EN" "http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-transitional.dtd">

Tips 2

Cari code di bawah

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

Kemudian gantikan dengan code di bawah

<!-- Blogger Default Meta -->
<meta content='true' name='MSSmartTagsPreventParsing'/>
<meta content='text/html; charset=UTF-8' http-equiv='Content-Type'/>
<link expr:href='data:blog.url' rel='canonical'/>
<link href='http://www.blogger.com/profile/I' rel='me'/>
<link href='http://www.blogger.com/openid-server.g' rel='openid.server'/>
<link href='http://www.blogger.com/rsd.g?blogID=1444540683424050591' rel='EditURI' title='RSD' type='application/rsd xml'/>
<link href='http://www.blogger.com/feeds/1444540683424050591/posts/default' rel='service.post' title='Budak Nakal Blogspot - Atom' type='application/atom+xml'/>
<link href='http://kozumiro.blogspot.com/feeds/posts/default' rel='alternate' title='Budak Nakal Blogspot - Atom' type='application/atom+xml'/>
<!-- End Blogger Default Meta -->
Sedikit perubahan harus di lakukan pada code di atas.

Code Warna BIRU gantikan dengan ID blog anda.
Code Warna MERAH gantikan dengan Tittle blog korang.
Code Warna HIHAU gantikan dengan URL blog korang.

Kemudian save...
Camat mencuba okey^^..

Beautiful Trafik Budak Nakal

53 comments


Hai all...wah hari ini koz rasa teruja sangat-sangat bila tengok trafik budak nakal blogspot dalam minggu ini semakin okey dari bulan sebelumnya.Setiap hari tak kurang dari mendapat 900 ke atas.Kalau ikutkan trafik budak nakal blogspot ini penat mencecah 4k sehari.Maklumlah dah beberapa bulan koz tak mengaktifkan diri ini di sebabkan buzy yang teramat sangat.

Sekarang masa nak berblog sudah ada, bolehlah koz aktif semula.Kalau ikutkan memang koz jarang berblogwalking dalam beberapa minggu ini.Saja nak cuba lihat hasil yang akan berlaku jika koz tak melaksanakan blogwalking.

Sekarang apa yang koz nantikan sudah terjawab.Korang lihatlah trafik di atas, okey tak?Bagi yang otai-otai mesti lagi tinggi trafik korangkan kan kan^ ^...hihi...
terutama blog kak yanmie (blog idola koz ni...eceh macam nak bodek lak :P)

Tutorial Check SEO Blog Korang Dengan SEO Analyser

56 comments


check SEO,SEO score,markah SEO,SEO analyser,SEO checker,Azrijohan,SEO blog
Hai all...hari ini koz nak ajar korang cara nak semak SEO blog dengan menggunakan SEO Analyser.Web ini akan memberi perkhidmatan untuk korang menyemak SEO blog korang dan ia akan memberikan skor keseluruhan bagi blog korang selepas menjalankan proses analyser.

Mari ikuti langkah-langkah di bawah supaya membantu korang check SEO blog korang dengan menggunakan SEO Analyser ini.

Langkah pertama 

Korang kena klik SINI

Langkah dua  

Masukkan URL blog kat ruangan kosong yang di sediakan(www.yoursite.com)

check SEO,SEO score,markah SEO,SEO analyser,SEO checker,Azrijohan,SEO blog

Langkah tiga 

Klik button CHECK.Kemudian tunggu sehingga proses Analysing data 100%

Langkah empat 

Selepas beberapa saat, result SEO blog korang akan keluar...contohnya seperti ni



Kemudian lihat ke bawah untuk mengetahui SEO yng baik dan yang tidak baik untuk SEO Blog korang.
Kemudian korang repair bahagian-bahagian yang perlu korang repair selepas itu korang chesk semuala dengan menggunakan SEO Analyser mengikut langkah-langkah yang telah di ajar tadi.Senang bukan?

Jika korang hendak tahu, untuk mencapai bilangan peratus yang terbaik, korang mestilah mendapat hasil dalam 70% keatas.Bagi yang mendapat peratus 70% kebawah mungkin menyukarkan blog and menjadi salah satu blog yang mesra SEO .

Moga ilmu yang koz kongsi ini dapat membantu korang untuk membantu blog korang dalam menghasilkan blog yang mesra SEO...Selamat mencuba...

Maksud Grafik

3 comments




GRAFIK

Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud ‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan.

Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza.
Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.

Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphicsdan sebagainya). Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.

Kepentingan Grafik

Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web.

Format Fail Grafik untuk internet

Biasanya bagi penggunaan grafik di dalam internet, sambungan atau format fail yang biasa digunakan ialah GIF (Graphic Interchange Format) dan JPEG (Joint Photographic Expert Group).

· GIF (Graphic Interchange Format)
Format GIF biasanya menggunakan kaedah pemadatan algoritma dan ianya merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan bagi tujuan memadatkan sesuatu data dalam sistem komputer. Piawaian jenis ini telah dibangunkan pada tahun 1987 oleh CompuServe iaitu salah sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan papan buletin (bulletin board) yang terkemuka. Format penyimpanan fail grafik secara GIF sering digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun.

Fail yang menggunakan format GIF menggunakan format grafik 8 bit yang mana ini bermakna ia mampu memaparkan imej sehingga 256 warna yang berbeza. Ini membolehkan satu fail yang kecil dihasilkan dan ini merupakan antara faktor kenapa imej berformat GIF sering digunakan bagi tujuan pindah terima memerusi talian internet.

Walaupun imej GIF agak kecil dan tidak memerlukan masa pemindahan terima yang tinggi namun ianya mempunyai satu kelemahan di mana ianya tidak boleh digunakan bagi grafik yang mempunyai lebih dari 256 warna.

· JPEG (Joint Photographic Expert Group)

Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah keadaan. Ini memandangkan JPEG menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF dan sekaligus menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil dan padat berbanding GIF.
Salah satu kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar. Ini adalah kerana JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi (sehingga 16.7 juta warna) tetapi dalam masa yang sama ianya tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar.
Format Fail Grafik Yang lain

· BMP (Bitmap)

BMP merupakan antara format fail yang paling lama wujud iaitu sejak sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0. Ia sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej tersebut. Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang agak besar. Kelebihannya, kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima ofrmat fail ini.

· TIFF (Tagged Image File Format)

TIFF telah dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986 dan ianya khas digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik. Kini ia merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya.

· PICT

PICT merupakan format fail yang sering digunakan pada komputer jenis Macintosh. Ia bukanlah merupakan acronym (singkatan) daripada mana-mana perkataan. Format fail ini muncul kali pertama pada tahun 1984 dan diperkenalkan oleh sebuah perisian grafik iaitu MacDraw. Format fail ini sesuai untuk kerja-kerja persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja-kerja video digital. Format PICT boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan fail bitmap mahupun vektor.

· TGA (Targa)

TGA merupakan format grafik yang pertama mampu menampung imej dengan resolusi yang tertinggi (24-bit atau 16 juta warna). Ia juga sering digunakan dalam penghasilan video digital dari imej statik.

· EPS (Encapsulated PostScript)

merupakan format fail yang piawai bagi menyimpan ilustrasi PostScript yang mempunyai resolusi yang tinggi. Format jenis ini juga sesuai digunakan bagi meyimpan imej pada komputer yang menggunakan sistem Macintosh mahupun Windows bagi tujuan persembahan secara elektronik.

· WMF (Windows Metafile Format)

Format ini digunakan bersama – sama dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows dan sering digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor terutamanya “clipart”. Imej yang mempunyai format ini kurang digunakan kerana tidak banyak sistem komputer perisian yang menyokong format fail jenis ini.

Jenis-jenis Grafik

Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya.

Fotograf (Gambar Foto)

Merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar. Pita video warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alat yang paling berkesan di dalam sesuatu komunikasi. Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar di dalam sesebuah persembahan dan boleh dijadikan latarbelakang bagi teks dan grafik.

Lukisan

Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Namun demikian, ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar. Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.

Kartun

Sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Kartun boleh merujuk kepada yang berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kartun sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna. Ia juga sering digunakan sebagai watak pengacara di dalam sesebuah aplikasi multimedia yang menbantu serta membimbing pengguna disepanjang perlajanan sesebuah aplikasi.

Diagram

Diagram merujuk kepada sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan sesuatu sepertimana yang asal. Contohnya diagram jantung mungkin mewakili sepertimana gambar jantung yang sebenar.

Graf/Carta

Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf.

Perisian-perisian Grafik

Sesuatu imej yang diperolehi dari sumber asal (dari hasil imbasan misalnya) biasanya perlu diubahsuai atau dipinda dari pelbagai sudut bagi membolehkannya sesuai untuk digunakan di dalam pembangunan sesebuah projek multimedia. Kesemua kerja-kerja ubahsuai ini sama ada dari sudut saiz, warna, kesan khas, lokasi gambar dan sebagainya boleh dilakukan menggunakan peralatan (tool) yang disediakan oleh kebanyakan perisian bahasa gubahan. Namun adalakanya perisian-perisian grafik yang khas diperlukan bagi menghasilkan kerja grafik yang berkualiti tinggi. Beberapa contoh perisian grafik yang biasa digunakan ialah :

(i) Microsoft Paint atau Paint Brush
(ii) Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator
(iii) Corel Draw
(iv) Painter 3D
(v) Macromedia Flash
(vi) Micrograft Designer
(vii) Autucad

Bola Sukan Kegemaran ku.

3 comments

Chak!...Ala comelnya orang utan ni...hihi...inilah dinamakan semangt kesukanan...tul tak??:P
Tengok gambar dekat atas rindu koz nak maib bola sepak..lama juga tak main, adalah dalam 5 tahun lamanya:(...camnelah gayanya lau koz mula main lik?mau semput satu badan hihihi...




Keyword: sukan malaysia,sukan untuk malaysia, nadi sukan malaysia, semangat kesukanan,sukan bola malaysia, semangat kesukanan malaysia,sukan untuk semua

Contest Design Banner Eyriqazz.Com

4 comments

Hai all...Hari ini koz nak tunjukkan hasil design benner yang telah koz buat dalam mengharungi contest yang di anjurkan oleh pemilik blog  eyriqazz.com . Banner kali ini koz hasilkan menggunakan Adobe Photoshop ..Ahak agak lama koz tak sentuh sofware ini, biasa segala design yang koz buat mesti menggunakan Adobe Flash.Hasil yang telah koz buat adalah seperti di bawah :

Banner kat atas ni dalam format (PNG)

Banner kat atas ni dalam format (GIF)

Harapkan hasil yang telah koz buat dapat di terima oleh pemilik contest ini^^..

"Contest Design Banner Eyriqazz.Com ini ditaja olehAbangEnsem.Com"




keyword: Contest Design Banner Eyriqazz.Com, contest banner  Eyriqazz Eyriqazzbanner contest, banner  Eyriqazz

Tempahan Template Dari Homestay de'MITC Blogspot.

3 comments


Hai all...hari ini koz nak tunjukkan hasil reka template yang telah koz buat dalam beberapa hari ini.Template kali ini di tempah khas dari pemilik blog " Homestay de'MITC iaitu Kak Faridah.Homestay de'MITC Blogspot merupakan blog yang menawarkan tempat tinggal bagi sesiapa yang memerlukannya semasa melawat atau bercuti di melaka.Ciri-ciri homestay adalah dalam ciri eksklusif setanding penginapan di hotel namun pada harga yang amat berpatutan dan semua mampu mendiaminya.

Homestay ini adalah hasil transformasi daripada sebuah rumah teres 1 tingkat dengan 3 bilik yang terletak di lokasi strategik di persekitaran Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan kawasan pembangunan pelancongan Ayer Keroh seperti seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia, Taman Mini Asean, Taman Rama-Rama, Taman Botanikal, Taman Seribu Bunga dan lain-lain. Ia juga berdekatan dengan pusat membeli-belah seperti Mydin Hyper Market, Kota Fesyen, Jaya Jusco dan Melaka Mall.

Di bawah ini adalah contoh gambar-gambar yang di ambil buat santapan anda untuk mengetahui rupa bentuk homestay ini.


Halaman depan

Bilik utama

Bilik kedua

Bilik ketiga

Set sofa di ruang tamu 1


 Set tv di ruang tamu 1

Bahagian depan ruang tamu 1

Ruang tamu kedua (pandangan sisi) - ruang santai

 Ruang tamu kedua (pandangan hadapan)

 Bahagian dapur

Peralatan memasak

Peralatan bancuh minuman

Set pinggan, cawan, sudu, pisau


Table top dan peti ais

Mesin basuh

Kain sembahyang dan sejadah - 3 unit

Seterika dan iron board - 2 unit

Toilet

Toilet

 Toto Narita (disediakan untuk bilangan tetamu yang ramai) - 3 unit

Jika anda ingin megetahui lebih lanjut tentang Homestay ini korang bolehkan berkunjung ke laman homestay ini di "SINI".




Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net