Powered by Jasper Roberts - Blog

Malaysia VS Sydney FC 13 Disember 2011

2 comments

Pada hari ini pasukan harimau muda kita akan berdepan dengan salah sebuah kelab Liga Australia (Liga-A) iaitu Sydney FC. Kedua-dua pasukan ini akan berentap pada malam ini jam 8.30 malam waktu tempatan(malaysia) dan perlawanan ini tiada live di mana-mana tv Malaysia. Perlawanan kali ini akan menurunkan gandingan berbeza dari sebelum ini, ini adalah langkah-langkah penyediaan untuk membolehkan jurulatih Harimau muda kita iaitu Ong Kim Swee menurunkan pemain-pemain simpanan sebelum ini bagi mengharungi perlawanan ini.

Semoga pasukan Harimau Muda kita dapat mempamirkan keputusan dan perlawanan yang terbaik..






keyword :
malaysia lwn sydney fcmalaysia vs sydney fc , harimau muda vs sydney fc , keputusan malaysia lwn sydney fc , jaringan malaysia lwn sydney fc , video malaysia lwn sydney fc , list pemain malaysia vs sydney fc , live malaysia vs sydney fc , result malaysia vs sydney fc , malaysia vs sydney fc result , perlawanan persahabatan malaysia vs sydney fc , video arimau muda vs sydney fc , keputusan malaysia vs sydney fc , keputusan harimau muda lwn sydney fc , keputusan perlawanan malaysia vs sydney fc ,

Sinopsis Filem Satu Malam Kubur Berasap

4 comments



Filem Suatu Malam Kubur Berasap akan menemui anda di pawagam pada 22 Disember 2011 ini. Filem yang diterbitkan bersama oleh Ernie Chen (Penerbit Ekskutif). Lili Salhani bt Ismail (Penerbit) dan Manje (selaku Penolong Penerbit) ini menggandingkan lakonan mantap dari Angah Raja Lawak, Along Cham, Azrul Zaidi, Nurul Ain, Zami Ismail, Acappan dan Ruminah Sidek.

Sinopsis Filem Satu Malam Kubur Berasap


Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.

Sejak kedatangan Mie, berlakuya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.

Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik. Apakah yang sebenarnya berlaku? Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Apakah sebabnya mereka diusik? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?

Filem ini akan di tayangkan pada 22 December ini.


Trailer Filem Satu Malam Kubur Berasap


Habuan RM1 juta Untuk Harimau Muda Sukan SEA

5 comments



ADA ganjaran lebih menarik menyusul buat skuad bawah 23 tahun negara yang menjuarai pingat emas Sukan Sea Indonesia bulan lalu apabila mereka dijangka menerima insentif daripada Telekom Malaysia (TM).

Jika berpandukan kepada janji TM sebelum ini ketika majlis menandatangani perjanjian sebagai Rakan Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 8 Julai lalu, skuad muda negara kendalian Ong Kim Swee itu bakal menerima insentif RM1 juta.

Bagaimanapun selepas hampir sebulan ‘ibu emas’ dibawa pulang ke tanah air dari Jakarta, masih belum ada sebarang perkembangan mengenai habuan itu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, keputusan jumlah sebenar insentif itu mungkin akan diketahui selepas Jawatankuasa Kewangan FAM bermesyuarat esok.

“Telekom menjanjikan RM1 juta sebagai insentif untuk beberapa kejohanan dalam tempoh setahun dan selepas mesyuarat Sabtu ini (esok), baru kami bentangkan jumlah sebenar untuk skuad Sukan SEA,” kata Azzuddin.

Sementara itu, bagi Kim Swee, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak pengurusan dan menyifatkan sebarang sumbangan daripada pihak swasta bakal menaikkan lagi semangat pemain.

“Saya amat mengalu-alukan sebarang bentuk insentif kepada pasukan kerana ia boleh menjadi perangsang kepada pemain untuk lebih berusaha pada masa depan.

“Saya tidak fikir pemain akan lupa diri, sekurang-kurangnya ia boleh menarik minat mereka untuk terus kekal bersama pasukan walaupun mereka kini mula dipancing persatuan negeri atau kelab dengan tawaran gaji lumayan,” katanya. Sebelum ini, semua pemain dan pegawai skuad Sukan Sea negara menerima ganjaran RM30,000 setiap seorang daripada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah atas kejayaan mereka mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos 2009.

Sementara itu, Kim Swee semalam mengumumkan senarai 23 pemain yang akan menyertai skuad Olimpik negara bagi siri latihan dan perlawanan persahabatan di Sydney menentang kelab Liga Australia, Sydney FC pada 13 Disember, Central Coast Mariners (15 Disember) dan Newcastle United Jets (19 Disember).


SUMBER : MyMETRO


Mengimbas kembali Keputusan Perlawanan Harimau Muda Sebelum Mendapat Gelaran Juara Pingat Emas Sukan SEA 2011 


Perlawanan
7/11Singapura 0–0 MalaysiaPeringkat Kumpulan
9/11Malaysia 2–1 (1–0) ThailandPeringkat Kumpulan
13/11Malaysia 4–1 (3–0) KembojaPeringkat Kumpulan
17/11Indonesia 0–1 (0–1) MalaysiaPeringkat Kumpulan
19/11Malaysia 1–0 (0–0) MyanmarSeparuh Akhir
21/11Malaysia 1–1 MT (1–1)
4–3 SP
 IndonesiaAkhir

Pengurus Dan Jurulatih
Pengurus: Datuk Hamidin Amin
Jurulatih: Ong Kim Swee
Penolong Jurulatih: Hassan Sazali Waras
Jurulatih Penjaga Gol: Yong Wai Hwang
Jurulatih Kecergasan: Rustov Bozik
Fisioterapi: Mohd Nasrul Ahmad Tajuddin
#PemainLahirKSGAKKKM
1Khairul Fahmi Che Mat07/01/19896
2Mahali Jasuli02/04/1989511
3Muhd. Zubir Mohd. Azmi01/11/19911
4Mohd. Fadhli Mohd. Shas21/01/199161
6Mohd. Asraruddin Putra Omar26/08/1988611
7Mohd. Irfan Fazail12/04/199151
8Abdul Shukur Jusoh12/02/19891
9Thamil Arasu Ambumamee04/07/199122
10Baddrol Bakhtiar01/02/19886322
11Gurusamy Govandar Kandasamy11/01/1989232
13Ahmad Fakri Saarani08/07/1989231
14Izzaq Faris Ramlan18/04/199023211
15Mohammad Amer Saidin25/07/1992
17Mohd. Fandi Othman25/04/1992321
18Syahrul Azwari Ibrahim12/01/19933111
19Wan Zaharulnizam Wan Zakaria08/05/1991311
20Izham Tarmizi Roslan24/04/1991
21Muhd. Nazmi Faiz Mansor16/08/1994411
24Mohamad Muslim Ahmad25/04/19896
28Yong Kuong Yong18/09/19881111
K - Kesebelasan
S - Simpanan
G - Gol
A - Assist
KK - Kad Kuning
KM - Kad Merah

Sinopsis Vanilla Coklat Lestary TV3

9 comments





Sinopsis Vanilla Coklat :

Cerita ini bermula mengenai seorang pelajar perempuan dan pelajar lelaki yang menuntut di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci. Akhirnya mereka berdua ini dipaksa jugak berkahwin walaupun saling tidak suka antara satu sama lain.

Demi menjaga hati keluarga masing-masing, mereka terpaksa bersetuju untuk di satukan kemudian timbul pula satu perjannjian di mana perhubungan suami isteri mereka di tetapkan hanya untuk 6 bulan sahaja.

Apa kesudahannya , adakah mereka berdua ni akan bercerai kelak atau mereka akhirnya mulai jatuh cinta antara satu sama lain?

Sinopsis Drama Gemersik Kalbu Slot Akasia TV3

4 comments


Sinopsis Drama Gemersik Kalbu
Raihana… pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya… bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian… cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah… semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?


Drama Bersiri Gemersik Kalbu akan memulai siarannya pada 26 Disember 2011 sebanyak 26 episod, dalam Slot Akasia di TV3. Penerbitnya ialah Global Station.


keyword :
 pelakon Gemersik kalbubintang Gemersik kalbu , novel Gemersik kalbu , Drama Gemersik kalbu , episod 1 Gemersik kalbu , episod 2 Gemersik kalbu , episod 3 Gemersik kalbu , episod 4 Gemersik kalbu , episod 5 Gemersik kalbu , episod 6 Gemersik kalbu , episod 7 Gemersik kalbu , episod 8 Gemersik kalbu , episod 9 Gemersik kalbu , episod 10 Gemersik kalbu , episod 11 Gemersik kalbu , episod 12 Gemersik kalbu ,

Faktar Menarik Tentang Kucing

7 comments




Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

Kuman Bektiria

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.



Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Dah Semak Belum?

2 comments

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menyeru kepada semua membuat semakkan akaun Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia . Kepada mereka yang layak untuk mengundi daftarlah segera nama anda dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Jangan lupa menjalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.

Cara semakkan mudah anda boleh terus membuat semakan atau mengetahui maklumat penting mengenai apa jua perkara mengenai Pilihan Raya dan sebagainya di SINI.



Setiap undi cukup berharga dalam sistem demokrasi Negara masa kini. Jadi marilah kita bersama menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Anda juga boleh membuat semakkan melalui SMS. Caranya cukup mudah dan cepat anda hanya perlu mengikuti langkah di bawah.



Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No.IC dan hantar ke 15888

Rupa Banglo Milik Khairul Fahmi Che Mat

7 comments


Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.

Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.

“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.


“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.

Top Keyword dan Buffered Earnings Nuffnang Budak Nakal

12 comments

Salam, hari ini koz nak kongsikan dengan korang keyword yang masuk mendadak ke blog budak nakal dalam beberapa hari ini. Cuba korang lihat ramai betul yang mencari keyword Khairul Fahmi Che Mat dimana pelbagai kontrovesi yang sedang melanda beliau keika ini.

Sekarang ini koz jarang blogwalking, sekarang koz main keyword sahaja. Walaupun kemasukkan trafik perlahan, tetapi cukup ar tuk menambah trafik yang sedia ada.

Dalam beberapa hari ni juga pihak nuffnang telah menyumbangkan Buffered Earnings yang koz nanti-nantikan. Alhamdulillah, terima kasih nuffnang. Kamu memang baik hati...

Koleksi Pepatah Zaman Terkini

9 comments


Hai all...Hari ini koz nak kongsikan dengan korang beberapa pepatah yang telah di ubah mengikut peredaran masa. Koz pun tidak pasti kenapa ia diubahkan, jadi jom layan okey.

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..



 Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap komen okey hihihi...

Khairul Fahmi Che Mat Berjiwa Besar

18 comments





KOTA BHARU – Biarpun dilanda pelbagai kontroversi, Khairul Fahmi Che Mat @ Apex ternyata berjiwa besar.

Beliau sanggup meninggalkan skuad kebangsaan lebih awal biarpun berada dipuncak kerjaya sekiranya soal peribadinya menjejaskan pasukan negara.

“Saya nak bersara awal sebab terfikir masalah peribadi dicampurkan dalam karier.

“Saya tidak gemar dalam keadaan itu sebab saya fokus untuk mengharumkan nama negara, bila masalah peribadi ganggu pasukan, saya tidak mahu perkara ini ganggu pasukan negara,” katanya pada satu program di TV1 di sini malam tadi.

Apex dilanda kontroversi panas semenjak putus tunang dengan Elia ‘jejari runcing’ dan selepas itu beberapa keping gambarnya bercuti dan berpegangan tangan dengan Dahlia Teck di Singapura tersebar di internet.

Kemudian, turut menghangatkan keadaan apabila beberapa blog hiburan terkenal menyiarkan gambar-gambar Apex, Dahlia dan beberapa orang gadis seksi leka berhibur di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang, yang turut ‘dicemari’ dengan sebotol arak di atas meja.

Sekembalinya Apex dari Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini, beliau dikejutkan pula dengan penyiaran beberapa keping gambar intimnya bersama Shida Harmi yang dikirimkan oleh pihak yang dikatakan cuba mencemar reputasinya yang sedang memuncak naik.

Apex muncul wira negara apabila berjaya menangkis keluar sepakan penalti terakhir pemain skuad bola sepak Indonesia, Ferdinand Sinaga, yang menyaksikan skuad Harimau Muda berjaya memalukan pasukan dan peminat fanatik skuad Garuda itu di tempat sendiri sebanyak dua kali.

Beliau juga baru kehilangan adik kesayangan. Mohd Izat, 16 pada pagi kelmarin kerana demam panas.

Sementara itu, Jurulatih Skuad Kebangsaan, Ong Kim Swee dalam rancangan yang sama turut mempertahankan Apex dan barisan pemain kebangsaan.

Kata Kim Swee :

“Yang timbulkan isu-isu ini bukan penulis sukan, ini penulis yang ingin lariskan akhbar dan diri masing-masing.

“Pemain-pemain ini berkhidmat kepada negara, setiap pemain tidak boleh lari dari silap tetapi apakah apakah berbaloi dengan khidmat yang diberikan kepada negara,” katanya.

Bagaimanpun lebih baik Apex kurangkan kontroversi barulah itu jiwa besar yang sebenar dan menjadi ikon ikutan golongan muda.

info: http://kelate.net

Macaron Yanmieonline Sedap dan Lazat

8 comments

macaron

Koz nak Macaron...Haha koz tak pernah rasa lagi macaron ini , orang yang pernah merasa katanya sedap. Biala dengar macam itu, tu yang koz join contest kak yanmie ni.

“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”

Harap-harap terpilih untuk memennginya. Maklumat lanjut seperti di bawah :


Cara Penyertaan
1. Buat satu entry, tajuk entry adalah bebas dan hanya copy paste ayat dibawah ini :-
“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”
2. Like Entry Ini
3. Retweet Entry Ini sekiranya anda mempunyai akaun Twitter
4. klik G+ untuk entry ini sekiranya anda mempunyai akaun gmail
5. Tinggalkan Link penyertaan diruangan komen ini.
6. takde apa dah, itu je heeee
Hadiah
macaron
- Macaron 1box untuk 5 orang pemenang. Macaron ini adalah macaron yang paling sedap pernah saya makan, lebih sedap dari yang saya beli kat KLCC (Nak mention kedai tapi ada pulak kang yang sentap hemmm) iaitu Macaron hasil tangan dari Cikmin.com memang terbaik.
Cara Pemilihan Pemenang Bertuah
- Pemenang akan dipilih melalui random.org so sesiapa pun boleh menang, sekiranya penyertaan banyak, bilangan hadiah mungkin akan ditambah lagi. tarikh tutup akan diberitahu kemudian.

.

************

Update Contest Tambahan

.
Berita baik untuk sesiapa yang join contest diatas,  anda sekarang boleh juga dapat peluang untuk memenangi wang tunai/topup. Caranya mudah sahaja, tolong kawan blogger yanmieonline iaitu zulseffort.net untuk mendapatkan gadget impiannya, caranya mudah sahaja, follow bawah ni.
Untuk menyertai contest ini sangat mudah..
[1] Join contest macaron yanmieonline  - 2 peluang cabutan bertuah
[2] Join contest Zulseffort – 3 peluang cabutan bertuah
[3] Join Contest Zulseffort sahaja – 1 Peluang Cabutan bertuahTotal point 5 cabutan bertuah dan 1 point untuk Contest Zulseffort sahaja tanpa masuk contest yanmieonline
Untuk sertai contest cabutan bertuah zulseffort 
[a] Klik Facebook Like Button
[b] Klik button retweet dan share di twitter
[d] Klik google+ button (kalau ada)
[c] Komen bagitau apa gadget kegemaran anda disana
Bagitau Zulseffort yang anda join contest beliau:
Tinggalkan komen di entry beliau dengan menyatakan ” saya join contest  atau DM/mention @zulseffort di twitter, tetapi penyertaan hanya sah sekiranya anda melalukan beberapa langkah diatas.
Hadiah-hadiahnya :
1. Cash/Topup RM 30
2. Cash/Topup RM30
3. Cash/Topup RM20
4. Cash/Topup RM20
5. Cash/Topup RM10
6. Cash/Topup RM10
7. Cash/Topup RM10
8. Cash/Topup RM10
9. Cash/TOpup RM10
10 . Untuk 5 orang  - Tips buat duit tanpa modal di internet
Hadiah akan dipilih secara rawak ..

Sinopsis Dingin Lavenda - Slot Zehra TV3

5 comments


DRAMA 13 EPISOD 'DINGIN LAVENDA' diilhamkan daripada Novel DINGIN SALJU INDIANA
Penulisan : Pn Nurolsham Saidin
Pengarahnya : Amy Maziah
Pelakonnya : Eira Syazira, Zarina AF, Faralyna Idris, Azlee Khairi

Akan bersiaran pada Slot Zehra,Jumaat, 9.00-10.00 malam diTV3 bermula pada 2 Disember 2011.

Sinopsis Dingin Lavenda
Kisah yang dipaparkan dalam drama ini mengutip pengalaman getir tiga orang pelajar gadis Melayu di Melbourne, Australia. Jannatun Naim (Jannah), Murni dan Nana berada di perantauan kerana menjunjung misi menimba ilmu. Dengan berlainan latarbelakang asuhan

Drama ini meruntuhkan tembok tabu yang sering dikaitkan dengan isu dan permasalahan agama. Pelajaran agama sahaja tidak memadai; tanpa didikan agama dan adab. Pelajaran agama semata-mata tidak menjanjikan keutuhan iman. Iman yang ada akan diuji dengan pelbagai wajah. Setelah diuji, barulah akan terserlah reality sebenar sama ada iman seseorang itu cemerlang atau dangkal.

Sebagaimana lazimnya, apabila berada jauh di negeri orang, kelompok Melayu yang kecil akan rapat menjadi seolah satu keluarga. Jannah dan Murni memilih Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan.

Tempat Dan Gaya Tidur Si Kucing

12 comments

 Berikut adalah koleksi gambar-gambar gelagat, gaya dan tempat kucing tidur yang koz ada. Agak comel cara mereka tidur.kan. Geram je koz tengok.




Senarai Lagu Peringkat Akhir Muzik-Muzik 2011

4 comments


Berikut adalah senarai lagu yang berjaya ke peringkat akhir Muzik-Muzik ke-26. Semua lagu hebat-hebat belaka.


1. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)

2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

6. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

11. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

12. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

12 lagu telah dipilih untuk bertanding di peringkat akhir yang akan di adakan pada 29hb Januari 2012 nanti. Lagu manakah yang akn ditabal menjadi Juara Lagu yang ke 26?

Gambar Adik Khairul Fahmi Che Mat Meninggal Dunia

7 comments




Berikut ialah kata-kata Apek:
Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai.

Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang - orang yang beriman.

Hasil Seni Budak Nakal Menggunakan Adobe Flash CS3

18 comments

Hai al...wah sudah lama koz tak hasilkan artwork untuk di kongsikan kepada korang. Hari ini koz kongsikan hasil seni yang koz buat semalam dan ia bersambung pagi tadi ahak. Alhamdulillah siap sudah.  Inilah hasilnya, art ini koz hasilkan menggunakan adobe flash CS3 masa yang koz ambil untuk menyiapkan art ini lebih kurang 30 minit kot. Tak lama sangat koz ambil masa, nanti lau layan lama-lama naik boring pula. Macam mana okey tak hasil yang koz buat ini?

Adik Khairul Fahmi Che Mat Meninggal Dunia

18 comments


Baru tadi koz terima khabar mengatakan adik kepada Goal keeper kebangsaan( harimau Muda) iaitu Adik kepada Khairul Fahmi Che Mat telah menghebuskan nafasnya yang terakhir. Arwah telah mengalami demam denggi.

Salam Takziah diucapkan kepada Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan keluarganya atas pemergian adik lelaki beliau ke Rahmatullah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Amin.

Filem Datin Ghairah 2011

7 comments




Tajuk bukan main Panas jekan. Ni yang koz nak cerita ini. Pada December 08, 2011 ,sebuah filem yang di terbitkan oleh Sabree Fadzil iaitu Datin Ghairah " Hidup mesti seksi jangan seksa!"akan di mainkan di pawagam seluruh negeri .

Filem Komedi Romantik terbaru keluaran DeBaron Sdn Bhd, Datin Ghairah dibarisi artis-artis terkenal seperti Aaron Aziz (KL Gangster) Maria Farida (Senario Ops Pocot), Joey (Exist), Sheera Iskandar (Halimah Jongang) dan Faizal Hussein. Filem ini berkisahkan seorang Datin Gharirieyah, yang lebih dikenali sebagai Datin Ghairah (Maria Farida), balu kaya Malaysia ahli perniagaan Dato 'Mahfuz (Aaron Aziz). Dia bertujuan untuk mengembangkan empayar kewangan keluarga dengan bantuan Kapten bersara tentera lelaki Loqman (Hairee Othman).

Trailer Filem Datin Ghairah


p/s: elok2 tgok trailer tu nnt kne kiss...hihihi

Sinopsis Filem Songlap 2011

8 comments



Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

SONGLAP INFO:

Producer : Ahmad Puad Onah, Lina Tan, Lee Mee Fung (Executive Producer), Lina Tan (Producer), Aileen Seet (Producer)
Director : Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak
Producer (Company) : Red Films Sdn Bhd & Grand Brilliance
Language : Malay
Genre : Drama, Action
Classification : U
Release Date : 2011
Duration : 100 min
Audio : Stereo
Script: Fariza Azlina Isahak (Screenplay)

Cast: Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Eliza Wong, Berg Lee, Khirilridzuan, Ayam Fared, Izzue Islam, Fang Chyi, Charlene Meng Si Shi


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net