Kasih Suami Kepada Isterinya...

http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png
Hai all...hari ni koz nak kongsi cerita yang berikut lak...jadi membaca dengan senyuman okey^ ^

Pak Dolah adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Dolah yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Dolah pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan Pak Dolah begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Dolah menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"
Ranking: 5

Comments:5

06 February, 2011 15:37

haha ;) nice. . pak dolah² . . btw,tengs yep backlink ! leyh bgtaw trick ?

06 February, 2011 18:25

hahahaha.... klu dh tggu rumput kat kubur tue tumbuh bek x yah..ahahahahaha.. mmg cnfrm x dpt punya...adoiii... geli hati... :P

08 February, 2011 23:12

cis.begitu rupanya.haha.

09 February, 2011 14:44

orang lelaki memang macam tu...

09 February, 2011 18:02

lelaki lekali ish2

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net