Powered by Jasper Roberts - Blog

Perodua Tweckbot Muncul Kembali.

5 comments


Perodua telah melancarkan kempen perkhidmatan terbaru mereka iaitu Perodua Tweckbot

Perodua Tweckbot telah direka khas untuk membantu pelanggan Perodua melakukan pemeriksaan 20 poin cek kereta secara Percuma.

Cara untuk turut serta dalam kempen ini seperti yang tertera pada image di bawah


Maklumat lanjut anda boleh lihat di sini
http://www.facebook.com/myperodua?sk=app_197608090298144

JADUAL KUMPULAN C KELAYAKAN OLIMPIK 2012 MALAYSIA VS SYRIA 23 NOVEMBER 2011

16 comments



 Skuad negara selamat tiba melalui penerbangan khas dari Indonesia setelah selesai tugasan mereka di sana semalam. Kini mereka mempunyai kira-kira 41 jam untuk membuat persediaan menghadapi Syria bagi Kelayakan Olimpik London 2012 malam esok, 23 November 2011. Perlawanan yang bakal berlangsung diStadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan tiket perlawanan Malaysia vs Syiria 23 November 2011 ini mula dijual hari ini iaitu di Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional (9 pagi hingga 7 malam) dengan harga RM40 (grandstand) dan RM20 (terbuka).

Jadual Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012
Hari ini
Bahrain vs Jepun
Stadium Nasional, Riffa
Esok
Malaysia vs Syria
Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8.45 mlm
Persediaan skuad Olimpik Malaysia mungkin  tidak seberapa apatah lagi beberapa tonggak utama mengalami kecederaan dan sudah pasti tidak dapat diturunkan. Antara mereka yang dihimpit masalah kecederaan adalah Izzaq Faris Ramlan, Wan Zaharul Nizam Zakaria dan Syahrul Azwari Ibrahim. Namun skuad Olimpik negara bernasib baik apabila beberapa pemain yang tidak dibawa ke Sukan SEA seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Ahmad Hazwan Bakri, Affize Faisal Mamat, D Saarvindran, Izuan Salahuddin, Ferris Danial Mat Nasir dan Nazirul Naim Che Hashim sedia diturunkan tetapi Gary Steven Robbat masih belum pulih.
Apapun ianya bukan kelebihan sepenuhnya buat Syria apabila bertemu skuad negara pada aksi kedua Kumpulan C saingan Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok. Tatkala skuad negara hanya memiliki tempoh 41 jam untuk persiapan sebaik tiba di tanah air, awal pagi tadi selepas berakhir tugasan di temasya Sukan SEA XXVI di Jakarta, Syria sebenarnya turut dibelenggu masalah kecederaan. Lima tonggak kesebelasan utama ketika menewaskan Bahrain 3-1 pada aksi sulung 21 September lalu – penjaga gol Mahmoud Yousef, Mohamad Afa Al Rifai, Zahir Al Midani, Oday Abd Al Jafal dan Yaser Shushara – tidak berada dalam senarai 24 pemain ke Kuala Lumpur.

Ibu Segala Emas Milik Malaysia.

5 comments

Alhamdulillah , memang tidak sia-sia segala sokongan penyokong kebangsaan yang menanti sehingga detik minit yang ke 120 dalam pertembungan akhir perlawanan bola sepak sukan Sea antara Malaysia menentang Indonesia dengan keputusan Malaysia memenangi pingat emas kerana berjaya membaham Sang Garuda 5-4 dalam penentuan panalti setelah seri 1-1.

Semalam memang berdebar koz semasa menonton perlawanan di kaca tv. Malaysia memang banyak peluang untuk menjaringkan goal, tetapi takda rezeki. Tapi apa-apa pun Taniah pasukan Harimau Muda.Anda memang terbaik dan telah menjadi salah satu pasukan terkuat di rantau Asia.

Jom layan video sepakkan penalti Malaysia vs Indonesia 4-3




JADUAL KUMPULAN C KELAYAKAN OLIMPIK 2012 | MALAYSIA VS SYRIA 23 NOVEMBER 2011




Keputusan Festival Filem Malaysia 24 (FFM24)

6 comments


Malam semalam telah berlangsung Festival Filem Malaysia yang ke 24 (FFM24). Pada acara tersebut dapat kita saksikan beberapa filem terbaik berentap untuk medapatkan anugerah dalam kategori masing-masing.

Acara ini juga diserikan oleh dua pengacara yang terkenal iaitu Fauziah Dato Ahmad Daud dan Johan . Memang meriah suasana acara ini dengan lawak jenaka yang di tunjukkan oleh kedua-dua pengacara ini, lebih-lebih lagi Johan yang berjaya meniru pelbagai gaya suara beberapa orang yang terkemuka di tanah air kita ini.

Berikut anadalh list keputusan rasmi Festival Filem Malaysia 24 :

Filem Box Office
KL Gangster – Skop Productions

Anugerah Gemilang Perdana Khas Juri
Pertama – Sidik Hussein
Kedua – Filem Libas
Ketiga – Allahyarham Zami Ismail
Keempat – Filem Janin

Skor Muzik Asal Terbaik
Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)

Pereka Kostum Terbaik
Rosada Abdul Hamid (Hikayat Merong Mahawangsa)

Penyunting Terbaik
Syamsul Yusof/Hisham Jupri (KL Gangster)

Penataan Bunyi Terbaik
Hisham Jupri/Rizal Ashreff (KL Gangster)

Cerita Asal Terbaik
Martias Mohd Ali (Libas)

Lakon Layar Terbaik
Syamsul Yusof (KL Gangster)

Sinematografi Terbaik
Mohd Noor Mohd Kassim (Hikayat Merong Mahawangsa)

Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharudin/Kek Ting Lim (Hikayat Merong Mahawangsa)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Faezah Elai (CUN)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shofi Jikan (KL Gangster)

Anugerah Khas Pencapaian Gemilang
Dato’ Michelle Yeoh

Filem Pilihan Penonton ASTRO
Kongsi (Metrowealth Pictures)

Pelakon Wanita Terbaik
Siti Shahreza a.k.a Eja (Janin)

Pelakon Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam (Kongsi)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Tan Sri Dato’ Dr Jins Shamsuddin

Pengarah Terbaik
Syamsul Yusof (KL Gangster)

Filem Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)

Final SEA Game 2011 Indonesia Vs Malaysia.

2 comments

Malam ini akan berlangsung pertemuaan Malaysia vs Indonesia dalam perlawanan akhir Sukan SEA 2011 dalam acara Bola Sepak. Moga Harimau Muda negara dapat mengulangi percapaian pingat emas dalam sukan SEA 2 tahun lalu.

Perlawanan ini akan berlangsung pada malam ini pada pukul 8.00 malam waktu malaysia. Perlawanan akhir ini anda boleh menonton di astro Arena, TV 1, dan TV 3. Seperti sedia maklum, pada perlawanan penentuan juara kumpulan. Malaysia telah menumbangkan Indonesia 1-0 dan pada perlawanan akhir ini pertembungan sekali lagi antara kedua-dua pasukan untuk merebut pingat dalam sukan Sea pada kali ini. Dapatkah pasukan Harimau Muda kita mengulangi sejarah pada tahun 1977 dan 1979 di mana Malaysia memenagi pingat emas dua tahun berturut-turut.

Moga pemain kita dapat memberi atau menghidangkan satu permainan yang bersemangat walaupun terpaksa mengharungi 100,000 penyokong fanatik indonesia pada perlawanan akhir ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan Malaysia dalam perlawanan akhir ini.

Movie Aku Bukan Tomboy

4 comments



Sinopsis Aku Bukan Tomboy:- 

Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar ‘pengkid’ antaranya Bell dan Sam.

Tekanan disekolah yang dialami Farisa mendorongnya untuk mentransformasikan dirinya sebagai seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan bagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka , Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.

Harry, seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa merasa tergugat apabila Burn muncul sebagai rival yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka.

Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam (pengkid) yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka. Konflik cinta tiga segi yang berbeza senario telah mewarnai catatan kehidupan Farisa, si gadis tomboy.

Persoalan adakah pengorbanan yang dituntut dalam dilema percintaa Farisa? Semuanya akan terjawab dalam “AKU BUKAN TOMBOY” sebuah filem bergenre aksi komedi romantik.

Tajuk Filem:
Aku Bukan Tomboy

Pengarah: 
Syamsul Yusof

Penerbit: 
Skop Production Sdn. Bhd.

Dipawagam: 
17 November 2011

Pelakon Aku Bukan Tomboy:
Syamsul Yusof
Scha
Salina Saibi
Shaheizy Sam
Sheera


Trailer Movie Aku Bukan Tomboy



Sea Games 2011 Myanmar vs Malaysia ( Separuh Akhir )

7 comments


Perlawanan separuh akhir acara bola sepak sukan SEA 2011 antara pasukan Malaysia vs Myanmar akan berlangsung pada 19 November 2011. Sepak mula perlawanan adalah dalam pukul 4 petang waktu malaysia.

Perlawanan ini akan berlangsung di stadium Gelora Bung Karno. Dan akan mendapat liputan dari astro arena secara live. Mari beramai-ramai memberi semangat kepada pasukan Harimau Muda kita moga mereka akan mencipta kejayaan dalam perlawanan tersebut bagi melayakkan ke medan Akhir acara bola sepak sukan SEA 2011 kali ini.

Keputusan Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011

4 comments

Alhamdulillah, Akhirnya harimau muda dapat menewaskan sang garuda dalam pertembungan malam semalam dengan kesudahan Malaysia Menang 1 berbalas 0. Jaringan Malaysia di laksanakan dengan bergaya oleh pemain muda kita iaitu Azwari Ibrahim.

Goal minit awal itu kekal sehingga ke akhir perlawanan sekali gus dapat memintas Indonesia selaku juara kumpulan A. Dengan kemenangan ini telah membawa malaysia ke separuh akhir selaku juara kumpulan A. Pada separuh akhir Malaysia akan berdepan dengan  Myammar.


Di bawah adalah video detik jaringan Syahrul Azwari Ibrahim






Moga skuad Harimau Muda dapat mengekalkan kemenangan untuk ke perlawanan Akhir nanti...



Slot Akasia TV3 Sinopsis Tentang Dhia

6 comments


Sinopsis cerita Tentang Dhia:


Bermulanya kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.


Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.


Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.


Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.


Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.


Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.


Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).


Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak?

Drama Akasia Tentang Dhia , 26 episod di TV3 jam 7 malam.

Sea Games 2011 Indonesia vs Malaysia

4 comments


Malam ini kita lagi sekali akan menyaksikan pertembungan Harimau muda menentang Sang Garuda (Malaysia vs Indonesia) dalam perlawanan acara bola sepak sukan SEA 2011. Pertembungan ini akan bersiaran langsung di RTM dan Astro Arena pada jam 8.00 malam ini. Adakah Harimau Muda dapat mengulangi kejuaraan emas pada dua tahun lepas. Sesama kita doakan akan kejayaan berpihak pada mereka.

Seperti sedia maklum,Harimau Muda Malaysia hanya perlu seri dalam perlawanan menentang Indonesia malam ini untuk melayakkan diri kepusingan seterusnya.Sasaran memburu tempat ke separuh akhir kini terletak di tangan mereka sendiri.Para pemain harus sentiasa fokus pada perlawanan dengan Indonesia malam ini jika ingin mendapat kemenangan.

Moga Harimau Muda dapat menjinakkan Sang Garuda pada malam ini, sesamalah kita doakan...

Widget Kartun Penyambut Tetamu.

11 comments

Hai all...apa kabar korang, sihat ke...Dah lama tak kongsi dengan korang widget hasil koz sendiri. Jadi hari ini koz akan kongsikan dengan korang widget Penyambut tetamu. Contoh widget ini sepert di bawah:-



Macam mana. comel tak...hihi..widget kali ini akan menyampaikan dialog kepada pengunjung blog korang untuk mengigatkan mereka meniggalkan komen di entry-entry korang.

Jika korang berminat menggunakan widget ini korang boleh ikuti langkah-langkah di bawah:-


Langkah 1

Layout>Page Elements>Add a Gadget>HTML/Javascript

Langkah 2

Copy dan paste code di bawah



Save dan lihat hasilnya...

Takku Sangka Mangsa Seorang Peninju

2 comments



Itu makan dia...tak pasal-pasal makan penumbuk. Video Di bawah di katakan merupakan hasil rakaman oleh orang yang tidak di kenali. Dua orang lelaki itu adalah samseng yang sering mengganggu dan merompak setiap mangsa yang melalui kawasan tersebut.

Memang hari itu hari malang bagi dua samseng tersebut...padan muka...


Harimau Yang Beriman

6 comments


Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam
semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh keatas batu danKRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. inibukanlah berita buruk
ok. Ada lagi ..

Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangka dia dah tak boleh bergerak lagi.

'Ya Allah,' doa lelaki tersebut,'Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah..makbulkan hajat ku ini ..jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman..tolong ya Allah!
Aminnn..'

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.
Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, 'Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Aminn..'

Cara-Cara Buat Resume Cara Otai.

7 comments

Di bawah ini adalah cara-cara untuk membuat resume. Sesiapa rasa nak ikut cara otai buat resume silakan ar yea....


Ajoi Bin ********
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)


Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005


Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.


Sehubungan dengan perkara diatas, saya Ajoi Bin **** no k/p ******-**-****mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.


1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ******* adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.


2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.


3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000


Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B


Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia


4. Pengalaman kerja
!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak


!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)


!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)


5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.


Sekian terima kasih.


Yang benar,
(Ajoi Bin *******)
XX Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor



layan....

Keselamatan Anak Anda Ketika Melintas Jalan.

4 comments

Haha...tak pasal-pasal anak itik tu jatuh...ciannya....

Kepada anda yang mempunyai adik ke anak ke kalau boleh ketika melintas pimpinlah tangan mereka untuk menghindari dari berlaku perkara buruk...Bahaya juga jika di biarkan mereka melintas tanpa bantuan anda...Budak-budak ni kalau di biarkan ada yang jenis melintas lambat dan ada yang jenis melintas sambil berlari...sangat-sangat merbahaya...Bersikap bertanggungjawap sikit okey...Jangan perkara buruk terjadi barulah nak pikir menyesal pula...

Utamakan Keselamatan

9 comments

Keselamatan harus diutamakan...
tengok macam tikus ni pandai je die pakai topi keledar...hihihi

Pikachu Di Temui

24 comments


Wah...comel tu..ni kalau koz dapat ni mmg nk cubit-cubit pipi pink dia tu...hahha...
kerja sapalah ni ye...

Kes Pembuangan Anak Makin Menjadi.

17 comments

Alaihai...Sapa punya kerja ni, sampai tiga sekali dibuangnya. Comel-comel macam ni pun sanggup dibuang erk...Agak-agak kalau korang jumpa korang nak jaga tak???


Kes pembuangan Anak:
Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri.
Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.
Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya.
Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi
Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat 93:
Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".
Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan agama dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan? Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa.

Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Ini kerana diri sendiri sahaja yang mampu megubah segalanya.
Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:
Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".
Pikir-pikirkanlah ye....
Disediakan olehBahagian Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor

Tips Rahsia Trafik Budak Nakal Blogspot

28 comments






Hai all...seperti sedia maklum , sebelum ini koz ada kongsikan tips cara memajukan blog . Jadi hari ini koz akan kongsikan korang tips rahsia trafik yang koz miliki setiap hari untuk blog budak nakal,(ilmu harus di kongsikan).First sekali semasa korang ingin membuat artikel, kalau boleh gunakan tajuk artikel tersebut lain dari yang lain dan yang penting bersesuaian.
Kedua setelah menyiapkan artikel tetapkan keyword yang bersesuaian dan labelskan mengikut kategori yang sesuai.Ketiga selepas artikel di publish korang haruslah ping link artikel korang  di beberapa tempat seperti di bawah:(Benda yang koz lakukan setiap kali publish artikel baru)

Facebook
Busuk.org





GuaBlog.com





Apesal.com



Digg.com





Google+

google.com


Feedburner






Dan bermacam-macam lagi...rajinkan diri korang untuk pingkan setiap artikel baru korang jika ingin mendapatkan backlink yang berpatutan.

Keempat rajinkan diri untuk daftar di mana-mana forum yang korang boleh meninggalkan link artikel korang untuk di kongsikan kepada pengunjung forum tersebut.Sebabnya pada akhir artikel yang korang publish di forum tersebut korang letaklah link artikel blog korang, free-free dapat backlink.(Ni rahsia kedua terbesar blog budak nakal).

Kelima kalau rajin buatlah contest/giveaway dekat blog korang, ini untuk menambahkan lagi backlink blog korang jika ada penyertaan. Seperti yang koz buat sekarang adalah mencuba untuk menambahkan backlink melalui cara sponser hadiah untuk contest/giveaway yang dilakukan oleh pemilik blog lain. Seperti blog yanmieonline.com
Promot sikit^ ^.
giveaway yanmie
“Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal

Keenam rajinkan diri mencari tips-tips blog di blog-blog otai sebagai contoh tips yang dikongsikan oleh blog Denaihati.com:




Buat masa ini, itu sahaja yang dapat koz kongsikan. Tips-tips yang berikutnya akan koz kongsikan lain hari, insyallah...Maap sebab penerangan koz terlalu simple, harap korang faham apa yang koz ingin kongsikan.

Sekian





Cuba Teka Mana Yang Ganjil?

15 comments

Alahai comelnya arnab-arnab ni...Ada pelbagai colour lak tu...Cuba korang teka,apa yang ganjil pada gambar di atas....

Tempahan Header Fakarepain.com

4 comments


Hai all...camat pagi...huhu...ngantok lak koz pagi-pagi ni bila dah masuk opis. Tulah degil tido lewat hahah...Gatal sangat tengok Gusti hihii...

Opss okey, pagi ini koz nak tunjukkan pada korang hasil design tempahan header yang koz buat. Pemiliknya ialah fakarepain.com . Tempahannya adalah tempahan header biasa dalam format png. Dan Design ini koz hasilkan menggunakan photoshop dan flash. Apa yang special pada header ini adalah pada latar belakangnya yang menunjukkan suasana dalam satu bandar hohoho...detail koz buat tu...memang layan buat background dia. Harap tuan punya header ini suka akan design yang koz hasilkan...

p/s: font yang bro suruh tukar tu koz x buat sebab koz rasa tak sesuai kalau digunakan pada header ini...maap ye hihi...

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net