Powered by Jasper Roberts - Blog

Slot Akasia TV3 Sinopsis Tentang Dhia


Sinopsis cerita Tentang Dhia:


Bermulanya kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.


Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.


Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.


Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.


Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.


Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.


Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).


Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak?

Drama Akasia Tentang Dhia , 26 episod di TV3 jam 7 malam.
Ranking: 5

Comments:6

17 November, 2011 19:06

dh start ke cite ni? lame x tgk tv. huhu... cambest je ^_^

18 November, 2011 09:24

@k.h.a.l.i.l.a

yup dah start 9 November ari 2 ^ ^

18 November, 2011 21:07

cite ni mmg menarik...jom tgk ramai-ramai

26 November, 2011 23:18

cam citer novel jak...tapi lupa tajuk novel tu..hmmm

Anonymous
13 June, 2013 06:29

Howdy! This blog post couldn't be written any better! Looking through this post reminds me of my previous roommate! He continually kept talking about this. I will forward this article to him. Pretty sure he'll have a great read.
Thanks for sharing!

My homepage :: Jackpot 6000 free

Anonymous
13 June, 2013 11:33

It's an amazing piece of writing in favor of all the online visitors; they will take benefit from it I am sure.

My website; näsplastik ()

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net