Final SEA Game 2011 Indonesia Vs Malaysia.

Malam ini akan berlangsung pertemuaan Malaysia vs Indonesia dalam perlawanan akhir Sukan SEA 2011 dalam acara Bola Sepak. Moga Harimau Muda negara dapat mengulangi percapaian pingat emas dalam sukan SEA 2 tahun lalu.

Perlawanan ini akan berlangsung pada malam ini pada pukul 8.00 malam waktu malaysia. Perlawanan akhir ini anda boleh menonton di astro Arena, TV 1, dan TV 3. Seperti sedia maklum, pada perlawanan penentuan juara kumpulan. Malaysia telah menumbangkan Indonesia 1-0 dan pada perlawanan akhir ini pertembungan sekali lagi antara kedua-dua pasukan untuk merebut pingat dalam sukan Sea pada kali ini. Dapatkah pasukan Harimau Muda kita mengulangi sejarah pada tahun 1977 dan 1979 di mana Malaysia memenagi pingat emas dua tahun berturut-turut.

Moga pemain kita dapat memberi atau menghidangkan satu permainan yang bersemangat walaupun terpaksa mengharungi 100,000 penyokong fanatik indonesia pada perlawanan akhir ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan Malaysia dalam perlawanan akhir ini.
Ranking: 5

Comments:2

21 November, 2011 15:49

hopely mereka boleh (:

21 November, 2011 16:46

mari sama-sama menyokong pasukan Harimau Muda

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net