JADUAL KUMPULAN C KELAYAKAN OLIMPIK 2012 MALAYSIA VS SYRIA 23 NOVEMBER 2011



 Skuad negara selamat tiba melalui penerbangan khas dari Indonesia setelah selesai tugasan mereka di sana semalam. Kini mereka mempunyai kira-kira 41 jam untuk membuat persediaan menghadapi Syria bagi Kelayakan Olimpik London 2012 malam esok, 23 November 2011. Perlawanan yang bakal berlangsung diStadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan tiket perlawanan Malaysia vs Syiria 23 November 2011 ini mula dijual hari ini iaitu di Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional (9 pagi hingga 7 malam) dengan harga RM40 (grandstand) dan RM20 (terbuka).

Jadual Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012
Hari ini
Bahrain vs Jepun
Stadium Nasional, Riffa
Esok
Malaysia vs Syria
Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8.45 mlm
Persediaan skuad Olimpik Malaysia mungkin  tidak seberapa apatah lagi beberapa tonggak utama mengalami kecederaan dan sudah pasti tidak dapat diturunkan. Antara mereka yang dihimpit masalah kecederaan adalah Izzaq Faris Ramlan, Wan Zaharul Nizam Zakaria dan Syahrul Azwari Ibrahim. Namun skuad Olimpik negara bernasib baik apabila beberapa pemain yang tidak dibawa ke Sukan SEA seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Ahmad Hazwan Bakri, Affize Faisal Mamat, D Saarvindran, Izuan Salahuddin, Ferris Danial Mat Nasir dan Nazirul Naim Che Hashim sedia diturunkan tetapi Gary Steven Robbat masih belum pulih.
Apapun ianya bukan kelebihan sepenuhnya buat Syria apabila bertemu skuad negara pada aksi kedua Kumpulan C saingan Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok. Tatkala skuad negara hanya memiliki tempoh 41 jam untuk persiapan sebaik tiba di tanah air, awal pagi tadi selepas berakhir tugasan di temasya Sukan SEA XXVI di Jakarta, Syria sebenarnya turut dibelenggu masalah kecederaan. Lima tonggak kesebelasan utama ketika menewaskan Bahrain 3-1 pada aksi sulung 21 September lalu – penjaga gol Mahmoud Yousef, Mohamad Afa Al Rifai, Zahir Al Midani, Oday Abd Al Jafal dan Yaser Shushara – tidak berada dalam senarai 24 pemain ke Kuala Lumpur.
Ranking: 5

Comments:16

22 November, 2011 11:40

sonok ni kalo dapat p nengok...

22 November, 2011 11:51

@eT

jom pergi jom^ ^

22 November, 2011 11:59

players byk cedera kan. .hm.btw,it's gonna be an interesting game!jom doakan untuk Malaysia :)

22 November, 2011 12:08

@zatyA,ah banyak yg tercedera...

lagi2 si izzt...kecian die terpaksa pakai tongkat...

yes...moga malaysia mendapat kemenangan nnt...

22 November, 2011 13:00

Assalam, harap Malaysia dapat juga menandingi Syiria esok malam, memandangkan ramai yang cedra kan... Malaysia Boleh !!!

22 November, 2011 13:11

@Saia Budax Lanun
harap begi2...

walaupun kepenatan belum reda di harap player malaysia dapat mempamirkan permainan yg bersemangat...

22 November, 2011 13:37

mari kita teruskan pesta kemenangan Harimau Muda di SNBJ esok malam...

22 November, 2011 13:41

@KITA
alamak...esok koz bz ar...x dpt nk wat apa...

22 November, 2011 13:59

hopefully pasukan malaysia dpt main dgn baik lg....wlaupun masa 41 jam tu sgt singgah...mesti tak cukup rehat.

22 November, 2011 14:45

@Kimmie

em...harap mcm tu ar...

smlm dhlah main 120 minit huhu penat tu...

22 November, 2011 15:57

MOGA KEMENAGAN DI PIHAK KITA.. MAJULAH MALAYSIA..

22 November, 2011 17:49

nasib baik koz faham ....nak tulis singkat sebenarnye..bukan singgah...hehehe

22 November, 2011 18:01

@fairusinsyallah...

sesama kita doakan kejayaan mereka...

22 November, 2011 18:02

@Kimmie
koz paham je^ ^...

kekadang pun koz silap taip juga hihihi....

22 November, 2011 22:32

ramai yang ada tiket free nih.. hehehee

22 November, 2011 22:42

@KiDbro trun ke nanti^ ^

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net