Tentera Israel tembakan amaran ke arah sukarelawan Malaysia



Israel beri tembakan amaran ke arah sukarelawan Malaysia - Tentera Israel yang berada di Ezata bersebelahan sempadan Gaza di sini melakukan tembakan amaran ke arah sukarelawan Misi Solidariti Malaysia 2012.

Tembakan amaran itu diikuti dengan dua buah helikopter Israel berlegar-legar di udara di sepanjang sempadan Gaza-Ezata ketika kawasan itu dikunjungi sukarelawan Malaysia.

Sukarelawan Malaysia berada di kawasan itu yang merupakan kawasan pertanian untuk menyampaikan dana Aman Palestin bagi pembangunan tanah pertanian yang sebelum ini dirosakkan tentera Israel. - UTUSAN
Ranking: 5

Comment: 1

10 December, 2012 01:28

Jahat dan memang jahat israel nih..

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net