Powered by Jasper Roberts - Blog

Norman Hakim Bakal Dapat Anak Lelaki


Norman Hakim gembira setelah mengetahui isterinya iaitu Memey Suhaiza yang sedang hamil tujuh bulan bakal melahirkan anak lelaki.

Memey, 24, berkata, ini kerana suaminya memang sudah lama berhasrat untuk menimang seorang lagi anak lelaki selepas mendapat anak sulungnya bersama bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 8.

"Abang Norman adalah insan paling teruja sekali apabila doktor memberitahu kami bakal mendapat anak lelaki selain anak-anak yang tidak sabar untuk bertemu dengan adik baaru mereka," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Selain Mohamed Danish Hakim, Norman turut mempunyai dua lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya iaitu Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.

Norman dan Memey berkahwin pada 24 September tahun lalu.

Dalam pada itu, Memey yang dijangka bersalin pada Februari depan memberitahu dia akan melahirkan bayi tersebut di Hospital Kohilal, Taman Melawati, dekat sini yang turut menjadi lokasi kelahiran anak-anak tirinya sebelum ini.

"Suami sudah terbiasa dengan hospital itu kerana kesemua anak-anaknya bersama Abby dilahirkan di hospital tersebut dan saya berharap semuanya akan berjalan lancar nanti," katanya.

Tambah Memey, dia juga akan menjalani proses pantang di Kuala Lumpur dan ibunya dari Felda Tenggaroh, Johor akan menjaganya sepanjang tempoh itu.

Sementara itu, Memey berkata, dia dan Norman telah memilih beberapa nama yang dikira sesuai untuk anak mereka itu nanti namun masih belum membuat keputusan tentang nama yang akan dipilih.

Tambahnya lagi, dia kini sedang sibuk membuat persiapan seperti membeli kelengkapan dan baju yang sesuai untuk menyambut orang baru dalam hidup mereka.

"Mungkin selepas melihat wajahnya akan mendapat jawapan nama apakah yang sesuai tetapi buat masa ini ada beberapa nama telah dipilih," katanya.

Ranking: 5

Comments:3

08 December, 2012 09:20

tahniah buat norman hakim dan memey..hehehe

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net