Anggota Bomba Rebah Semasa Memadam Kebakaran


Kebakaran yang belaku di bilik pameran di sebuah kedai tembikar di Batu 4 Jalan Kapar semalam mengakibatkan seorang anggota bomba pengsan dipercayai kerana keletihan selepas mengambil tempoh lama dalam usaha memadam kebakaran itu.

Kebakaran berlaku sekitar jam 2 petang dan ia bermula di bahagian tengah bangunan sebelum merebak ke stor penyimpanan dan bilik pameran yang terletak di bahagian belakang kedai seramik itu.

Kebakaran tersebut nyata memberi kesukan kepada anggota bomba bagi memadam kebakaran kerana material seramik iaitu tanah liat sukar untuk dipadamkan. Usaha memadamkan kebakaran itu melibatkan 39 anggota termasuk pegawai Bomba dari tujuh balai.



Ranking: 5
 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net