Powered by Jasper Roberts - Blog

Hot! Veteran Datuk Yahya Sulung dan Isteri Diarahkan Keluar Rumah




Pelakon veteran Datuk Yahya Sulung dan isteri diarahkan mengosongkan rumahnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akibat kegagalan menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Keperitan pelakon veteran kita ini dan fikiran mereka semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.

"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya.

Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.

Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.

Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.

“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.


sumber Mstar
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net