Afdlin Shauki bersama rombongan Nyaris di Bom F16


Sedia maklum Afdlin Shauki dan rombongan mereka yang pergi ke Gaza untuk membantu dan memberi bantuan kepada rakyat Palestin disana diikuti dengan penuh teliti oleh rakan wartawan di Malaysia.

Kisah terbaru disana agak  mencemaskan apabila kenderaan rombongan Afdlin Shauki di Gaza  hampir-hampir di bom oleh sebuah jet pejuang Israel iaitu F16.

“Alhamdulillah, kami semua selamat dan meneruskan misi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam pada itu Afdlin sempat memberikan komen beliau mengenai kehidupan orang Islam disana.

“Belum pernah lagi saya berjumpa dengan masyarakat kental seperti rakyat Palestin. Mereka peramah dan sentiasa tersenyum. Malah sering melambai-lambai tangan apabila melihat kenderaan kami.

“Mereka juga bukan orang yang meminta sedekah. Kanak-kanak tidak pun meminta-minta. Ada di antara kami yang telah memberikan sesuatu tetapi mereka menolak.

“Apabila kami menerangkan ia sebuah hadiah, barulah barang yang diberi itu diambil,” katanya menerusi akaun laman Facebook miliknya.

“Malah kami turut menziarahi kanak-kanak yatim piatu dengan menghibur dan mengajar mereka cara-cara untuk melukis dan belajar Bahasa Inggeris.


“Rasa macam tak nak balik. Kanak-kanak itu mahu kami datang setiap hari untuk mengajar mereka,” tuturnya.

Sumber Forblogger.net
Ranking: 5

Comments:2

08 December, 2012 19:59

Semoga selamat la semuanya!!!

08 December, 2012 20:01

Nasib baiklah tak terjadi apa-apa..


Penulis komen ialah admin laman web untuk tambahkan Facebook fanpage LIKE secara percuma!! Jom ramai-ramai sertai :)

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net