Powered by Jasper Roberts - Blog

Pengorbanan besar Sang Ibu


Pengorbanan besar Sang Ibu - Scarlett seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan.

Berbulu Calico, dan pernah menjadi tajuk utama di seluruh dunia dalam insiden mengeluarkan lima anak-anaknya untuk diselamatkan daripada api kebakaran ditempat tinggalnya.

Berbalik pada kejaidan itu, Scarlett tinggal didalam garaj di Brooklyn bersama-sama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga yang tinggal kerana keluar bekerja. Setelah dipadamkan api, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah hangus. 

Keadaannya yang hangus teruk, telinga ia terbakar, dia menyusun anak-anaknya agar selamat walaupun keadaan dirinya dengan matanya melecur serta teruk dan telah melekat dengan hidungnya, dan setelah kelima-lima anaknya selamat ia rebah dan pengsan.

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, kucing itu setelah sihat dan tinggal parut dimuka dan badannya, diambil semula oleh tuannya dan bersyukur atas keselamatan mereka.

Kini Scarlett telah tiada lagi kerana kejadian itu berlaku pada tahun 1996.

Ranking: 5

Comments:4

12 February, 2013 10:36

ank pn reti sygkn anaknye..
tp mnusia..
erkkk

12 February, 2013 14:46

lihatlah haiwan... manusia?

12 February, 2013 23:56

terkedu seketika.. sedih mengenangkan nasib si kucing tu..

29 May, 2013 14:28

huhu....teringat kucing aku plak.....huhu

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net