7 Golongan Yang Dinaungi Allah Di Hari Akhirat


Disamping mengejar nikmat kat dunia ni, kita kenalah buat persiapan untuk bekalan akhirat jugak, kan? Jadi, apa kata kita sama-sama cari dan kumpul segala amalan yang boleh dibuat bekalan untuk kita di padang mahsyar kelak. Semoga kita pun boleh jadi antara 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah nanti. InsyaAllah.

"Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya."
- Riwayat al-Bukhari dan Muslim



1. Imam yang adil.



2. Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah.



3. Insan yang hatinya terpaut dengan masjid.



4. Dua orang insan yang berkasih sayang kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
 (Ni bukan pakwe-makwe taw. Even though kapel yang tak halal bertemu kononnya 'kerana Allah', yang haram tetap haram)




5. Insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lantas menolak godaan tersebut dengan berkata: "Sesungguhnya aku takutkan Allah".



6. Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.



7. Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya.



Sepatah kata Iman Hayfa :

Berpesan-pesanlah kamu kearah kebaikan =)
Ranking: 5

Comments:3

01 May, 2013 18:48

semoga kita antara tujuh kalangan ini

29 May, 2013 14:15

insyallah....

30 June, 2013 20:54

risau dengan amalan yang kita ada sekarang ni.. cukup ke tak nak bawak ke akhirat

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net